Monday, May 18, 2015

Bagaimana Ingin Memulakan Diet?



POST INI BUKAN DARI PENDAPAT PROFESIONAL, IANYA MERUPAKAN PENGALAMAN AKU SENDIRI. DAPATKAN PANDANGAN PAKAR PEMAKANAN ATAU DOKTOR ANDA SEBELUM MEMULAKAN APA-APA DIET.



Apa khabar pembaca blog semua! Macam ramai la kan... perasan lebih ja aku ni hahahah! Kali ini aku ingin mengongsikan bagaimana untuk memulakan perubahan cara makan. Sebelum tu, satu perkara penting yang kamu kena ada adalah KEINGINAN UNTUK BERUBAH


Senaraikan dalam satu kertas perkara-perkara yang menyusahkan kamu, membuatkan kamu sedih, membuatkan kamu marah apabila mempunyai berat badan yang berlebihan. Antaranya mungkin kepayahan mencari pakaian, kalau ada pun mahal. Selalu dihina, dipandang sinis. Atau disindir ketika mengambil makanan. Tulis semua! Kalau kamu lihat senarai tu panjang ataupun hanya dua, kamu kena buat perubahan. Jadikan perkara-perkara negatif tadi sebagai satu dorongan. Aku tidak mahu dihina lagi! Aku tidak mahu dipandang sinis lagi! Aku tidak mahu disindir-sindir lagi! Aku juga ingin bergaya dengan pakaian cantik dan murah! Ubah perkara negatif tadi sebagai sumber kekuatan diri kamu dan pendorong untuk suatu perubahan.

Dari pengalaman aku sendiri, memang kebanyakan masa aku hanya memendam rasa kalau ada umpatan, hinaan dan sindiran. Pandangan mata yang memperlekehkan pun selalu juga nampak. Aku hanya mampu tersenyum namun dalam hati, sekelumit kecil memang terasa. Bohong la kalau kau katakan kau tidak terasa dengan semua perkara negatif tu. Namun aku jadikan mereka sebagai satu dorongan untuk berubah. Aku mahu mengubah hidup aku!

Baiklah sekarang aku akan kongsikan beberapa tips untuk memulakan diet:
  1. Tulis semua makanan dan minuman seharian dalam diari makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman secara beransur-ansur.
  3. Makan dan kunyah makanan secara perlahan.
  4. Jadikan Google rakan karib anda!


1. Tulis Semua Makanan dan Minuman Seharian Dalam Diari Makanan.

Seperti dalam post aku yang lalu mengenai Jadual Pemakanan, kita hendaklah makan sebanyak 6 kali dalam sehari. Ini contoh diari makanan aku:


Untuk memulakan Diari Makanan Harian kamu, bolehlah klik di sini. Download dan tuliskan semua makanan dan minuman kamu sepanjang satu hari. Air kosong tidak payah dimasukkan dalam diari ini. Menulis apa yang kita makan sepanjang hari merupakan langkah penting dalam mengubah gaya pemakanan kita. Kalau kita tulis semua apa yang kita makan dan minum (sebelum berdiet) dan lihat senarai yang panjang, kita akan mula melihat betapa banyaknya lebihan makanan dan minuman yang kita ambil sehari seperti contoh di bawah ni:

Sukatan jumlah adalah seperti di post ini

Kalau dalam seminggu kamu menulis semua yang kamu makan dan minum dengan diet yang sedia ada, secara automatik kamu akan rasa penat, dan bosan mau menulis lagi. Kamu akan mula sedar betapa banyaknya kalori yang kamu ambil dalam sehari. Insya Allah kamu dengan sendirinya akan cuba mengurangkan pengambilan makanan dan minuman secara berlebihan itu. Jadi lepas ni Write It UP!


2. Kurangkan Pengambilan Makanan Dan Minuman Secara Beransur-Ansur

Trend zaman sekarang ni semuanya mau cepat. Internet mau cepat, memandu cepat, kurus pun mau cepat. Perubahan diet ni sebaiknya kita lakukan secara perlahan, beransur-ansur. Tidak mungkin kan kalau kamu biasa makan nasi 2 pinggan lepas tu terus ja kamu langsung nda mau makan nasi untuk diet protein sahaja. Kalau mahu mengubah diri kamu secara menyeluruh inilah caranya; lakukan beransur-ansur!

Okey, kalau kamu biasa makan nasi mesti dua pinggan, kamu cuba kurangkan menjadi sepinggan setengah dulu. Biasakan diri makan nasi sepinggan setengah, kemudian kalau sudah biasa kurangkan kepada 1 pinggan sahaja. Kemudian kamu cuba makan 1/2 pinggan (1 cawan) nasi sahaja. Perubahan secara beransur ni merupakan suatu "conditioning", melatih nafsu makan kita agar badan kita akan menerima 1 cawan nasi adalah cukup dan mengenyangkan kita. 

Lakukan perubahan secara beransur! Gambar diambil daripada: http://usercontent2.hubimg.com/5370987_f520.jpg


Begitu juga dengan minuman manis. Jika sehari kita minum 6 gelas minuman manis, kita cuba kurangkan kepada 4 gelas. Kemudian kurangkan lagi kepada 2 gelas minuman sehari. Setelah biasa, kurangkan lagi kepada 1 gelas minuman manis sahaja sehari dan lebihkan minum air putih. Untuk membuatkan kita rasa puas, bawa bekas minuman ketika ke restoran. Tuang separuh dari pesanan minuman kita ke dalam bekas dan minum di kemudian waktu. Jadi kamu pun rasa, wah aku minum dua kali la minuman ni hari ni... Sewaktu minum, hirup perlahan minuman kamu, jangan teguk dengan banyak sekaligus. Kurangkan penggunaan straw minuman kerana kita lebih cepat habiskan minuman dengan menggunakan straw. Ingat jangan sekali teguk minum tu, hirup perlahan-lahan. Sip not gulp your drinks!

Perubahan secara beransur-ansur begini adalah lebih berkesan kepada kita untuk keputusan pengurangan berat badan lebih tahan lama. Ini kerana apabila kita sudah terbiasa dengan perubahan yang kita lakukan, untuk kembali ke cara lama memang sedikit sukar. Satu contoh mudah macam kes aku sendiri; dulu memang suka buat minuman manis. Aku kurangkan penggunaan gula beransur-ansur dari 3 sudu ke 2 sudu, kemudian hanya 1 sudu. Sekarang ni jarang sangat sudah minum minuman manis. Kalau minum pun yang dipesan di restoran, order minuman "kurang manis" pun tetap terasa manis kerana lidah sudah terbiasa dengan minuman yang tawar. Jadi kesimpulannya adalah perubahan beransur-ansur lebih berkesan! Baca lebih lanjut di sini. Ingat ya... Gradually Change your eating and drinking habit.


3. Makan Dan Kunyah Makanan Secara Perlahan

Kita perlu makan secara perlahan kerana ianya mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk otak kita menghantar isyarat bahawa kita sudah kenyang. Jadi makan secara perlahan akan memberi banyak masa kepada otak untuk menghantar isyarat kenyang. Apabila kita rasa kenyang, kita akan makan lebih sedikit berbanding kita makan dengan pantas. Kamu boleh baca lebih lanjut mengenai kebaikan makan secara perlahan tu di sini.

Dietitian aku syorkan kalau makan kita kena kunyah sekurang-kurangnya 25 kali sebelum telan. Memang dengan mengira kunyahan makan, aku dapat memperlahankan kadar makan aku dan rasa lebih kenyang. Kebanyakan orang yang makan cepat, makan dengan tangan lagi, dengan lauk sedap lagi, memang lambat rasa kenyang sebab mereka boleh menghabiskan satu hidangan dalam 5 - 10 minit. Tidak memberi peluang untuk otak menghantar isyarat bahawa mereka sudah kenyang. Mereka akan terus makan sehinggalah perut rasa penuh dan sesudah dihantar isyarat kenyang dari otak.

Diambil daripada: http://blogs.gatehousemedia.com/shapeupbonnie/wp-content/uploads/sites/239/2014/08/chew-slow-chew-well.png

Satu cara untuk memperlahankan pengambilan makanan kita adalah dengan mengubah cara kita makan. Kalau kita biasa makan guna tangan cuba tukar guna sudu. Memang sedap makan guna tangan, nasi pun boleh dikepal-kepal sebesar penumbuk masuk terus dalam mulut. Memang kita akan terlebih makan kalau begitu. Jadi kita tukar makan dengan menggunakan sudu makan. Sudah biasa makan dengan sudu makan, kita tukar lagi makan guna sudu dessert. Lebih kecil utensils yang kita guna untuk makan, lebih perlahan kita makan. Jadi kalau mau mengurangkan berat badan, Eat Slowly!


4. Jadikan Google Rakan Karib Anda!


Diambil daripada: https://cdn.evbuc.com/eventlogos/64906547/justgoogleit.jpg


Dari aku mula berdiet ni memang Google lah rakan karib aku. Iyalah kita ni mana la tahu banyak pasal makanan dan kalori ni. Kecualilah kita ni memang ada belajar di kolej atau universiti pasal dietetik.

Jadi untuk mengira secara kasar jumlah kalori sesuatu makanan dan kebaikan mereka memang selalu aku Google ja. Kita boleh belajar pasal BMI, keperluan kalori individu, resepi-resepi sihat dan macam-macam lagi dalam usaha kita mencapai berat badan ideal. Google sangat-sangat membantu aku dalam pengembaraan pengurangan berat badan aku ni. Bagaimana pun pilihlah sumber di internet yang boleh dipercayai. Jangan hanya ikut membuta-tuli semua yang kita baca. Rujuk kepada mana-mana orang yang mempunyai lebih banyak pengetahuan sebelum kamu mau ikut apa-apa tips di internet ni. Sama juga apa yang aku tulis di blog ni, aku bukannya pakar pun. Aku cuma mau kongsikan pengalaman aku sendiri. Jadi boleh jadi apa yang berkesan sama aku, mungkin tidak berkesan sama kamu. Jadi pegi la Google blog lain hehehee... Just Google It!


Jadi untuk kesimpulan post kali ini;

Write It Up, Gradually Change, Eat Slow and Just Google It!

Itu ja untuk kali ni, kalau ada lagi aku mau tambah, pandai-pandailah aku edit hehehe...

No comments:

Post a Comment