How time really flies! Nda sangka sudah 7 minggu aku di Jepun. Sepanjang masa aku sangat suka berada di sini. Patutlah bila orang Malaysia sambung belajar di tempat orang, dorang nda mau balik. Best bah duduk di negara orang dengan kesedaran sivik lebih tinggi ni. Kita pun ikut terlatih dengan cara mereka yang secara jujur lebih baik berbanding kita di Malaysia. Banyak kita perlu belajar dengan mereka ni, dari segi sifat kesabaran, kebersihan dan disiplin diri. Aku berdoa semoga Malaysia akan mencapai tahap kesedaran sivik tinggi di suatu masa kelak dan tidak lagi terlalu manja dan mempunyai mentaliti tuan dan hamba.
Untuk cerita minggu ke 6 sila klik sini. Apa pula kisahnya minggu ini? Post kali ini memang panjang jadi hari Isnin memang nda sempat mau post macam biasa. Jadi yang malas baca tu, nda payah baca... tengok gambar ja ya... tapi gambar pun banyak mau ditengok... hmmm... you decide! Hehehe. Tapi ada cerita menarik minggu ni, itu yang bikin lambat aku upload blog minggu ni.
Blog minggu ni ditujukan khas buat Mong dan suami. Kamulah yang membuatkan aku bersemangat untuk terus menaip dalam blog ni!

07 Disember 2015 (Isnin)
Hari ini aku bangun lewat! Lebih tepat jam 5.48 pagi. Aku pun nda tau siok ja aku kasi mati alarm telefon aku masa dia berbunyi. Ntah apa yang bikin aku penat sangat.
Hari ini aku mencuci pakaian aku. Aku menunggu cucian siap dan mengecas telefon. Mau pastikan bateri penuh sebab aku merancang ingin berjalan jauh pagi ini. Aku tolong buang sampah burnable lagi hari ni dan seperti minggu lepas, aku menjadi orang pertama yang membuang sampah. Aku menanti anak-anak buah mandi dahulu sebelum aku mandi.
Destinasi tujuan adalah Satsukiyama Park. Menurut Google Maps jaraknya adalah 5.5 km dari rumah Abang Amin dan Kak Ari dan mengambil masa selama satu jam 15 minit berjalan kaki. Setelah bersarapan mee goreng dengan sosej goreng, aku pun memulakan langkah. Laluan yang diberi limpas Osaka University, maksudnya satu laluan dengan Ikeda Castle Ruin.
Dengan cuaca yang indah, suhu yang tidak berapa sejuk dengan udara yang nyaman membuatkan perjalanan ke Satsukiyama Park sangat mudah. Aku langsung nda penat bila sampai di salah satu laluan menaiki bukit.
Aku mula mendaki bukit yang tidak curam. Senang ja naik bukit ni, kaki pun rasa ok ja bila naik.
Di aras yang lebih tinggi, sudah terlihat bandar Osaka dari bukit ni. Ia membuatkan aku tidak sabar untuk sampai ke puncak.
Aku terus mendaki sehinggalah bertemu dengan tempat tinjau, satu platform dengan kerusi kerusi panjang disediakan bagi pengunjung menikmati pemandangan.
Pemandangan dari tempat tinjau ni... wow! Boleh nampak Osaka plain seluas mata memandang.
Aku menuruni tempat tinjau dan menuju ke bahagian depan. Di sana kita boleh melihat Osaka tanpa banyak halangan dari pokok-pokok.

Pokok-pokok yang ada di tepi Osaka University Toyanaka Campus. |
Aku nda pasti bah, benda ni bunga ka kubis? |
Dengan cuaca yang indah, suhu yang tidak berapa sejuk dengan udara yang nyaman membuatkan perjalanan ke Satsukiyama Park sangat mudah. Aku langsung nda penat bila sampai di salah satu laluan menaiki bukit.
Peta yang menunjukkan kedudukan aku berada (di kanan, bawah). |
Aku mula mendaki bukit yang tidak curam. Senang ja naik bukit ni, kaki pun rasa ok ja bila naik.
Anak-anak tangga yang lebar menjadikannya lebih landai dan mudah didaki. |
Dari pokok-pokok hijau sudah sampai ke pokok-pokok dengan daun menguning. |
Di aras yang lebih tinggi, sudah terlihat bandar Osaka dari bukit ni. Ia membuatkan aku tidak sabar untuk sampai ke puncak.
Kawanishi dan Ikeda yang terpisah dengan sungai dari Satsukiyama. |
Aku terus mendaki sehinggalah bertemu dengan tempat tinjau, satu platform dengan kerusi kerusi panjang disediakan bagi pengunjung menikmati pemandangan.
Plak dengan nama-nama tempat. Entah zaman bila punya la ni, patut dorang ganti sudah. |
Pemandangan dari tempat tinjau ni... wow! Boleh nampak Osaka plain seluas mata memandang.
Terlihat pusat bandar Osaka dari kejauhan. |
Aku menuruni tempat tinjau dan menuju ke bahagian depan. Di sana kita boleh melihat Osaka tanpa banyak halangan dari pokok-pokok.
Panaromic view of Osaka Plain from Satsukiyama Park. |
Tempat aku ambil gambar ni rasanya tempat orang berkhemah. Ada pancang disediakan untuk mengikat khemah dan beberapa tempat untuk memasang unggun api.
Aku naik lagi ke satu tempat yang ada disediakan meja dan kerusi dan pondok. Aku pun mula makan bekal yang aku bawa dari rumah di bawah sinaran matahari. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa memang indah ja rasa!
Konon ja gambar ni... makan satu ja pun sandwich tu. |
Selfie time! |
Setelah berehat sebentar aku menyambung perjalanan aku. Di kiri kanan aku dihidangkan pemandangan yang indah. Subhanallah!
Berjalan lagi terjumpa parking lot dan ternampak peta. Dan menurut peta tu aku sudah berhampiran dengan Hinomaru Observation Point. Jadi aku pun memulakan langkah ke sana.
Peta kedudukan terkini aku. Hinomaru Observation Point terletak di kawasan berwarna oren di sebelah kanan. |
Dalam jam 12 tengahari juga aku sampai di Hinomaru Observation Point. Aku terus mendaki menuju ke puncaknya.
Sampai-sampai di puncak terus dihidangkan dengan pemandangan panorama Osaka seluas-luas mata memandang. Orang gayat sila abaikan tempat ni hehehe.
Aku menuruni Hinomaru Observation Point dan menuju ke peta yang aku tengok tadi. Di Satsukiyama Park ni terdapat beberapa hiking trail yang membawa pengunjung ke beberapa lokasi menarik di sini. Jadi aku memilih laluan untuk ke taman botani.
Di laluan hiking. |
Di bawah sana ada lagi laluan lain. |
Jambatan gantung pendek yang ada di laluan yang aku pilih. |
Tunggul-tunggul kayu untuk orang duduk berehat sebentar. |
Aku hanya berjalan sahaja di laluan hiking. Terlalu banyak persimpangan akhirnya aku nda sampai di taman botani tapi sampai di Satsukiyama Zoo! Zoo mini yang kita boleh masuk secara percuma.
Jambatan Big Harp dari parking lot bersebelahan zoo. |
Satsukiyama Zoo. |
Antara binatang-binatang yang ada di sini. Cousin Wacky dan Wabbit pun ada... |
Anak-anak buah aku mesti suka tengok ni... |
Dari zoo aku ke pusat informasi untuk mencari stesen keretapi terdekat. Menerusi peta yang aku nampak, stesen terdekat adalah Stesen Ikeda untuk Hankyu Railway Takarazuka Line.
Aku pun terus memasang Google Maps untuk menuju ke Stesen Ikeda. Perjalanan ke sana masih dijamu keindahan...
Aku meneruskan langkah dan terhenti sebentar bila ternampak jambatan Big Harp yang besar di depan mata.
Sesampai di Stesen Ikeda terus beli tiket di mesin tiket. Tambang ke Stesen Hotarugaike adalah sebanyak 150 yen (RM 5.20). Aku anggar aku masih sempat balik sembahyang zuhur di rumah, malangnya aku salah naik tren! Sepatutnya aku naik tren di platform 2 menuju ke Umeda tapi aku naik tren di platform 1 menuju ke Takarazuka.
Aku pun turun di Stesen Kawanishi dan menunggu di platform 2. Rupanya aku salah lagi! Sepatutnya tunggu di platform 3 untuk tren menuju ke Umeda hahaha matai. Kompom nda sempat aku zuhur sebab beberapa kali punya kesilapan, dalam tren sudah masuk waktu asar.
Setelah sampai Stesen Hotarugaike aku teruslah ke Gyomu Supermarket sebab Kak Ari memang ada pesan beli tomato dan bawang merah masa aku keluar rumah pagi tadi. Setelah selesai membeli aku pun bergegas balik dan terus membersihkan diri dan berwudhu dan langsung menunaikan solat asar. Aku qada' solat zuhur dan berharap agar ibadatku diterima Allah.
Berehat sebentar dan bila waktu maghrib aku keluar lagi. Kali ini untuk ke Konan sebab aku cari-cari sikat aku, tiada. Jadi mau beli sikat barulah ni. Sampai di Konan teruslah mencari sikat tu. Lama juga aku pusing-pusing baru jumpa. Tengok harga 298 yen sebelum cukai. Mak aii mahalnya, Made in China lagi tu. Terus aku teringat aku ada beli sikat di kedai 100 yen untuk Kak Ari hari tu jadi aku pun menuju ke sana.
Sampai di kedai 100 yen Hotarugaike memang ada pun sikat. Made in Japan lagi, 100 yen ja harga! Aku pun balik ke rumah setelah dari siang ke malam berjalan. Happy to report, hari ni dapatlah aku berjalan sebanyak 14,000 langkah. Aku guna app Noom Walk untuk pedometer aku.
Di rumah aku makan nasi Arab yang Kak Ari masak untuk bento permintaan khasnya hari ini. Sedapnya!
Selepas makan, aku berehat sekejap, kemudian membentang tilam dan terlelap kepenatan. Aku terbangun semula dalam jam 9 lebih. Aku nampak alat pemanas telah ada berdekatan aku. Terima kasih Abang Amin! Akupun menunaikan solat isyak kemudiannya check handphone. Aku nampak aku dapat e-mel dari WWOOF Japan yang memberitahu aku mendapat mesej dari host di Nara. Dia mengatakan dia sedia menerima aku!
08 Disember 2015 (Selasa)
Bangun pagi sebelum alarm di telefon berbunyi. Aku perhatikan alat pemanas kerosene sudah mati, kehabisan minyak. Namun aku tidak merasa kesejukan, mungkin kerana aku sudah terbiasa atau kerana selimut aku ada dua lapis hehehe.
Setelah subuh aku membawa alat pemanas tu turun ke bawah. Aku pun mengisi minyak di luar sambil menghembus-hembuskan nafas dari mulut, suka memerhatikan asap yang berkeluaran.
Aku pun menyalakan alat pemanas tu di bawah sebab memang waktu siang sampailah masuk waktu tidur aku, alat tu berada di bawah. Aku naik semula dan memulakan proses memilih gambar untuk blog hari Isnin. Proses memilih gambar ni lama sebenarnya, disamping proses menaip tu. Kekadang idea tu datang mencurah-curah, cepatlah siap. Kalau idea tersekat, itu yang bikin panas...
Sebenarnya hari ni aku mau bercuti... bercuti untuk tulis blog panjang-panjang. Pasal itulah satu hari ni aku nda ambil sebarang gambar pun. Jadi nda payah lah mau diulas segala gambar-gambar tu nanti. Kamera memang ada bawa.. Hati kanyat-kanyat ja mau snap gambar yang menarik bagi aku dan mungkin juga pembaca blog aku yang duiii sikitnya hehehe.
Hari ini aku ke Hard-Off/House-Off. Aku mau cari baju panas dan juga gelas termos. Sebenarnya aku sudah diterima sebagai wwoofer di Nara. Tapi host dia ni lambat betul mau bagitau bila aku boleh pergi sana. Jadi benda-benda yang aku cari tu sebenarnya untuk persediaan wwoofing (kerja sukarela) di Nara lah.
Dalam perjalanan ke sana singgah sebentar di kedai diskaun Don Quijote. Boleh tahan juga murah barangan dia di sana. Aku cari losyen juga dalam perjalanan ke Hard-Off/House-Off, tu yang aku banyak singgah farmasi. Oh lupa bagitau di sini kalau barangan macam sabun, ubat gigi, berus gigi, losyen, atau senangnya barangan penjagaan diri kena pergi kedai yang tulis Kusuri, macam farmasi la ni tapi besar kedai dia. Kalau supermarket yang jual makanan tiada la kamu jumpa barang-barang tu...
Pasal harga di Don Quijote paling murah, jadi aku belilah di sana. Aku juga beli dua kotak susu segar pasal aku mau buat puding roti balik nanti. Aku tengok-tengok juga cawan termos di sana, tapi mahal (pasal aku nada duit hahaha). Aku kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi.
Perjalanan ke Hard-Off/House-Off dari rumah Abang Amin dan Kak Ari mengambil masa selama sejam lebih sikit. Aku berjalan di laluan yang ada sinaran matahari jadi rasa best ja masa sejuk-sejuk ni. Sampai ja di destinasi aku nda membuang masa terus cari baju sejuk. Dapat la sehelai baju sejuk harga 864 yen (RM 31). Baju sejuk yang reversible, jadi kira dapat dua baju dalam satu... murah la tu! Pusing punya pusing ternampak cawan termos harga 108 yen (RM 3.90)! Terus aku ambil bah... hihihi.
Sebenarnya lama betul aku pusing-pusing di kedai tu. Sesudah sedar dari khayal tengok barang, baru aku ingat aku belum zuhur! Aku pun panik sebab kalau jalan kaki balik ke rumah memang kompom nda sempat. Jadi pilihan aku adalah menaiki tren yang agak jauh juga stesennya iaitu Mino-O.
Aku berjalan pantas dan sampai di Stesen Mino-O. Beli tiket yang berharga 190 yen (RM 6.80) menghala ke Stesen Hotarugaike dengan mesin tiket. Aku tengok sekeliling rupanya Mino-O ni macam tempat menarik untuk dilawat! Ok esok aku akan datang lagi. Melihat waktu aku kompom nda akan sempat zuhur jadi selepas sampai di Stesen Hotarugaike aku singgah sekejap di kedai 100 yen untuk beli sarung cawan termos aku. Kemudian aku pun terus pulang.
Sesampai di rumah aku terus membersihkan diri, berwudhu dan menunaikan Asar. Kemudian qada' solat Zuhur... Ya Allah, ampunkanlah hambamu yang lalai ini... Aku berehat dulu dan bila masuk maghrib, aku solat dan sesudah itu aku pun mula membuat puding roti dengan menggunakan susu yang aku beli tadi dan juga saki baki roti yang kami gunakan untuk membuat sandwich rombongan Malaysia minggu lepas.
Siok jugalah buat kerja baking yang sudah lama aku nda buat. Alhamdulillah menjadi juga puding roti aku! Tapi pasal nada gambar, bayangkan ja lah kesedapannya ya... hehehe...
09 Disember 2015 (Rabu)
Pasal kelmarinnya aku ternampak macam menarik pergi ke Minoh jadi hari ini aku merancang pergi ke sana. Setelah subuh, aku pun mandi dan menyediakan bekal makanan untuk perjalanan jauh ke destinasi. Menurut Google Maps, perjalanan sejauh 6.6 kilometer itu dianggarkan mengambil masa selama 1 jam 36 minit. Dalam kedinginan awal pagi aku memulakan langkah.
Dalam jam 8.10 pagi juga aku sampai di kaki bukit yang akan ku daki. Aku pun memulakan pendakian dan terlihat lif yang mak aiii tinggi dan pakai kaca lagi!
Singgah sekejap di tempat yang memaparkan peta kawasan Minoh Park ni. Penting bagi aku ambil gambar peta-peta yang ada supaya kita boleh tahu di mana kita berada dan bagaimana mau sampai di tempat yang dituju.
Aku terus ja mendaki sambil melihat-lihat pemandangan, kekadang dilepasi orang-orang yang berjoging menaiki bukit dan ada juga yang berjalan sahaja. Orang Jepun ni rajin betul bersenam. Tua muda bah bersenam... Kita yang tua ngeteh yang muda lepak (hehe nda semua la..).
Ni la siri gambar sepanjang pendakian menuju ke air terjun yang popular di Minoh Park ni iaitu Minoh Waterfall.
Di Stesen Tsutsui, Megumi iaitu adik kepada host aku Kenichi sudah menunggu. Sebenarnya aku kena sambut seorang makcik ni, mungkin kenalan Megumi. Makcik tu cakap kalau aku mau ke tandas dulu boleh pergi ke premis yang dia jaga (atau punya nda lah aku tahu).
Selepas ke tandas Megumi pun membawa aku menuju ke destinasi yang aku belum ketahui. Susah juga la mau berkomunikasi dengan Megumi ni sebab dia nda berapa pandai Bahasa Inggeris. Syukur lah ada Google Translate, dapat juga aku cari perkataan Jepun yang dia boleh faham. Aku sebenarnya boleh faham (tapi nda semua) apa yang dia cuba sampaikan. Tapi masalahnya untuk aku, aku nda dapat cakap Bahasa Jepun dengan baik. Lagi satu Bahasa Inggeris dorang lain sebutan dia berbanding kita.
Megumi memberitahu aku ada seorang lagi wwoofer di tempat aku wwoofing nanti. Namanya Noam dan dia berasal dari Israel! Aku pun nda tau apa perasaan aku masa tu. Macam-macamlah aku fikir, adakah dia nda suka orang Islam, macamanalah interaksi di rumah nanti, tapi yang benarnya sifat ingin tahu aku lebih tinggi pasal yalah... kali pertama mau berjumpa orang Yahudi ni.
Megumi tidak terus membawa aku ke destinasi tujuan tetapi singgah lagi di tempat yang dorang pinjam untuk mengeringkan limau yuzu. Uina terus kerja bah aku! Nda lagi simpan barang di rumah... Punya smart baju aku kerja di kilang tu hehehe.
Aku membantu Megumi memasukkan limau yuzu yang sudah kering ke dalam plastik dari mesin pengering. Selepas selesai dan menyapu lantai aku pun membantu membawa limau yuzu yang sudah kering ke dalam kereta.
Selepas itu, Megumi terus membawa aku ke kilang pemprosesan teh Kenichi Shizen Nouen. Aku pun diperkenalkan dengan beberapa orang pekerja di sana. Ada Masa, Yuka, Nobu dan Abe masa tu di sana. Seorang lagi wwoofer (Noam) dan pekerja pelatih (Takumi) belum lagi kembali dari ladang teh.
Selepas berkenal sekejap, terus aku kena bawa berkerja ah... Hahaha aku betul-betul ingat kena bawa pergi rumah tempat tinggal dulu barulah ke tempat kerja. Nda lah... kerja terus geng! Kerja aku adalah membersihkan pokok teh yang dibiarkan tumbuh sendiri selama 3 tahun. Teh yang akan dihasilkan nanti adalah Sannen Ban Cha. Aku berkerja bersama-sama Yuka. Yuka ni kalau tengok nda lebih 25 tahun muka dia... Tapi umur 45 tahun ah! Ya Allah, kenapalah muka dorang awet muda di sini ni...
Dalam jam 11.15 kami ada masa rehat. Kata Yuka, biasanya dorang ada masa 15 minit untuk rehat sebelum lunch dan juga 15 minit rehat di waktu petang. Aku mengambil kesempatan masa rehat tu untuk makan bekal sandwich aku dan juga mengambil gambar sekitar kilang pemprosesan teh.

Dalam kekelaman aku melangkah... |
Dalam jam 8.10 pagi juga aku sampai di kaki bukit yang akan ku daki. Aku pun memulakan pendakian dan terlihat lif yang mak aiii tinggi dan pakai kaca lagi!
Lif yang macam best kalau naik. |
Laluan di depan belah ke kiri menuju ke lif tadi dan ke kanan menuju ke Minoh Park. Aku pilih ke kanan. |
Peta Minoh Park. |
Aku terus ja mendaki sambil melihat-lihat pemandangan, kekadang dilepasi orang-orang yang berjoging menaiki bukit dan ada juga yang berjalan sahaja. Orang Jepun ni rajin betul bersenam. Tua muda bah bersenam... Kita yang tua ngeteh yang muda lepak (hehe nda semua la..).
Ni la siri gambar sepanjang pendakian menuju ke air terjun yang popular di Minoh Park ni iaitu Minoh Waterfall.
Betul-betul nda lama lagi sampai di air terjun, aku mendapat e-mel dari WWOOF Japan yang mengatakan host di Nara memberikan aku mesej. Dia terima aku pergi tempat dia esok! Aku mengatakan aku akan sampai di sana pada jam 12 tenghari. Aku pun panik sekejap pasal barang-barang yang perlu dibawa ke sana ada yang belum beli dan aku belum cuci baju. Aku pun menimbang sama ada terus berpatah balik untuk membuat persediaan ke Nara esok atau aku teruskan pendakian ke air terjun. Aku membuat keputusan, alang-alang sudah mau sampai baik teruskan sahaja.
Setelah puas mengambil gambar aku pun bergegas turun bukit. Tapi bergegas macamana sekalipun, kalau ada view cantik depan mata mesti berhenti ambil gambar hehehe.
Aku berhenti sebentar di kerusi panjang yang disinari matahari untuk makan bekal yang aku bawa. Seperti biasa, indahnya makan sambil berjemur di bawah sinaran mentari. FYI, masa makan tu hembusan nafas memang keluar asap. Sejuk weiii!
Aku pulang macam perjalanan aku kelmarin. Dari Stesen Minoh ke Stesen Ishibashi dan kemudian tukar tren ke Stesen Hotaugaike. Aku singgah di kedai 100 yen untuk membeli barangan keperluan seperti yang host aku senaraikan. Selepas membeli aku pun pulang ke rumah. Setelah zuhur, makan tengahari, cuci baju dan solat asar, aku pun berjalan lagi. Kali ni ke Jumble Store by 2nd Street di Senri Chuo. Masih mau beli baju sejuk bah.. yang nda terlampau tebal dan senang bawa ke sana sini. Kak Ari minta belikan roti putih di Little Mermaid sebanyak tiga bantal.
Di Jumble Store aku mencari baju sejuk dan juga seluar. Seluar tu bukan apa, yang aku pakai masa pergi sana betul-betul tergantung sudah kaki seluarnya. Aku pun nda tahu kenapa pula makin "hanging" seluar aku tu. Nda kan lah aku semakin meninggi kan... Nda logik betul!
Setelah beli baju sejuk dan seluar aku pun pergi beli roti Kak Ari. Selepas tu aku pun melangkah balik. Dalam perjalanan, host di Nara hantar mesej... Dia mau aku berada di Stesen Tsutsui, Nara jam 7 hingga jam 8 pagi!
10 Disember 2015 (Khamis)
Awal betul aku bangun hari ini. Iya lah mau buat persediaan untuk ke Nara. Aku mengemas barangan yang perlu dibawa kemudian mandi, solat subuh dan bersedia untuk bergerak. Dalam jam 5.40 pagi aku keluar dari rumah menuju ke Stesen Hotairugaike.
Aku melihat jam di handphone dan memutuskan yang aku nda akan sempat ke Stesen Hotairugaike jika aku berjalan kaki. Jadi aku pun pergi ke Stesen Monorel Shibahara dan menaiki monorel ke Stesen Hotarugaike. Di Stesen Hotarugaike aku ketinggalan tren yang aku kejar untuk ke Stesen Hankyu-Umeda jadi terpaksalah menunggu lagi 9 minit untuk tren seterusnya. Perjalanan tren dari Stesen Hotarugaike ke Stesen Hankyu-Umeda mengambil masa selama 15 minit.
Sesampai di Stesen Umeda aku beli lagi tiket untuk menaiki subway Midosuji Line untuk ke Stesen Namba. Di Stesen Osaka-Namba, bertukar lagi ke tren Kintetsu-Nara Line yang akan membawa aku ke Stesen Yamato-Saidaiji. Kemudian dari Stesen Yamato-Saidaiji barulah aku menaiki tren yang membawa aku ke Stesen Tsutsui. Alhamdulillah, walaupun kali pertama travel dengan banyak kali tukar tren, aku sampai di Stesen Tsutsui, Nara pada jam 7.57 pagi. Sebelum jam 8 hehehe.
Di Stesen Tsutsui, Megumi iaitu adik kepada host aku Kenichi sudah menunggu. Sebenarnya aku kena sambut seorang makcik ni, mungkin kenalan Megumi. Makcik tu cakap kalau aku mau ke tandas dulu boleh pergi ke premis yang dia jaga (atau punya nda lah aku tahu).
Selepas ke tandas Megumi pun membawa aku menuju ke destinasi yang aku belum ketahui. Susah juga la mau berkomunikasi dengan Megumi ni sebab dia nda berapa pandai Bahasa Inggeris. Syukur lah ada Google Translate, dapat juga aku cari perkataan Jepun yang dia boleh faham. Aku sebenarnya boleh faham (tapi nda semua) apa yang dia cuba sampaikan. Tapi masalahnya untuk aku, aku nda dapat cakap Bahasa Jepun dengan baik. Lagi satu Bahasa Inggeris dorang lain sebutan dia berbanding kita.
Megumi memberitahu aku ada seorang lagi wwoofer di tempat aku wwoofing nanti. Namanya Noam dan dia berasal dari Israel! Aku pun nda tau apa perasaan aku masa tu. Macam-macamlah aku fikir, adakah dia nda suka orang Islam, macamanalah interaksi di rumah nanti, tapi yang benarnya sifat ingin tahu aku lebih tinggi pasal yalah... kali pertama mau berjumpa orang Yahudi ni.
Megumi tidak terus membawa aku ke destinasi tujuan tetapi singgah lagi di tempat yang dorang pinjam untuk mengeringkan limau yuzu. Uina terus kerja bah aku! Nda lagi simpan barang di rumah... Punya smart baju aku kerja di kilang tu hehehe.
Kilang tempat dorang Megumi pinjam mesin pengering limau yuzu. |
Aku membantu Megumi memasukkan limau yuzu yang sudah kering ke dalam plastik dari mesin pengering. Selepas selesai dan menyapu lantai aku pun membantu membawa limau yuzu yang sudah kering ke dalam kereta.
Kereta yang dibawa Megumi |
Dua plastik limau yuzu dan juga barangan aku (3 beg) yang aku bawa dari Osaka. |
Selepas itu, Megumi terus membawa aku ke kilang pemprosesan teh Kenichi Shizen Nouen. Aku pun diperkenalkan dengan beberapa orang pekerja di sana. Ada Masa, Yuka, Nobu dan Abe masa tu di sana. Seorang lagi wwoofer (Noam) dan pekerja pelatih (Takumi) belum lagi kembali dari ladang teh.
Selepas berkenal sekejap, terus aku kena bawa berkerja ah... Hahaha aku betul-betul ingat kena bawa pergi rumah tempat tinggal dulu barulah ke tempat kerja. Nda lah... kerja terus geng! Kerja aku adalah membersihkan pokok teh yang dibiarkan tumbuh sendiri selama 3 tahun. Teh yang akan dihasilkan nanti adalah Sannen Ban Cha. Aku berkerja bersama-sama Yuka. Yuka ni kalau tengok nda lebih 25 tahun muka dia... Tapi umur 45 tahun ah! Ya Allah, kenapalah muka dorang awet muda di sini ni...
Yuka sedang membersihkan pokok teh. |
Yang warna coklat tu lah yang kena dibuang serta bunga teh. |
Dalam jam 11.15 kami ada masa rehat. Kata Yuka, biasanya dorang ada masa 15 minit untuk rehat sebelum lunch dan juga 15 minit rehat di waktu petang. Aku mengambil kesempatan masa rehat tu untuk makan bekal sandwich aku dan juga mengambil gambar sekitar kilang pemprosesan teh.
Bekal sandwich... |
Tempat ni ada mesin yang menjadikan pokok teh menjadi serpihan yang kemudiannya dipanggang. |
Tempat aku membersihkan pokok teh. |
Tempat Sannen Ban Cha kena panggang. |
Kayu-kayu api untuk memanggang pokok teh yang telah dimesin. |
Masa rehat tamat aku pun menyambung kerja. Tapi aku tukarlah dulu jaket sama but aku. Masih ada dalam kereta barang-barang aku kan... Masa sibuk-sibuk, Takumi dan Noam pun balik dari ladang. Takumi ni badan sedang-sedang, manakala si Noam ni kecil ja, kiut ja... hehehe. Yalah kan dulu Trevor tinggi penjuluk, Wilson pula sama tinggi sama aku. Jadi secara rasmi aku jadi orang paling tinggi di kilang pemprosesan teh ni...
Megumi pun tolong kerja pembersihan pokok teh. Dia buat kerja di luar bersama Noam. Nobu bertugas memasukkan pokok teh ke dalam mesin chipper. Takumi pula menolong di mana-mana yang perlu bantuan.
Dalam jam 4.30 petang kami mula membersihkan tempat kerja kami. Waktu kerja sini adalah dari jam 8 pagi hingga jam 5. Jadi memang jam 4 lebih petang adalah untuk kerja pembersihan. Sebelum balik ambil gambar lagi...

Mesin yang menjadikan pokok teh menjadi serpihan. |
Masa-san dan Abe-san sedang dalam proses memanggang serpihan pokok teh. |
Mesin yang mengasingkan daun teh dari serpihan pokok teh yang lebih penting. |
Kami semua pun berangkat ke rumah tempat aku, Takumi dan Noam tinggal. Masa-san yang memandu van pulang ke rumah. Takumi pula membawa trak. Duduk di sebelah pemandu, Nobu manakala aku, Noam dan Yuka duduk di belakang. Aku tanya Noam, berapa lama sampai rumah? Dia bilang 5 minit. Pemanduan Masa-San masya Allah! Macam ada rally saja oh... Punya laju dia bawa di jalan kampung yang kecil dan banyak berliku ni.
Rumah ni kami bertiga ja tinggal... Balik lagi 3 orang lelaki tinggal sama-sama serumah hehehe. Tapi rumah ni juga pusat berkumpul pekerja-pekerja ladang. Jadi sebelum balik ke rumah masing-masing, memang dorang singgah sekejap di rumah ni.
Aku membersihkan diri dan solat. Di dapur Noam sudah memulakan kerja masak makan malam. Kali ni wwoofer kena sediakan sarapan, makan tengahari sendiri manakala makan malam pula kami bertiga sediakan bersama.
Sementara menanti stew sayuran masak, Noam mengajak aku pergi ke pekan untuk membeli barang dapur. Seriously aku nda tahu nama tempat ni apa... mungkin dalam 2, 3 hari lagi baru aku tahu nama tempat. Takumi pun join sekali ke pekan yang kata Noam 5 minit sahaja. Dia tu malar cakap 5 minit... semua tempat pun dia bilang 5 minit sampai... Edeh, malas aku mau percaya sudah kalau dia bilang 5 minit.
Kami sampai di supermarket dan Noam mula membeli barang... Aku macam biasa mula-mula ikut ja belakang Noam... Lama-lama jalan sendiri tengok barang-barang hehehe hobi kan... Setelah siap berbelanja kami pun balik ke rumah.
Sampai di rumah kami pun makan malam bertiga. Malam pertama kami tinggal bersama, makan bersama.
Nasi dengan stew sayuran yang Noam masak. |
Masa makan, Noam bagitau dia nda sokong agenda Zionis ni. Dia dulu bekas tentera, dia nda bersetuju dengan dasar negara dia. Keadaan negara dia lah yang mungkin membuatkan dia mau keluar dari sana. Dia pun cakap dia sudah dapat sponsor visa dari Kenichi dan tahun depan dia akan bermula kerja secara tetap.
Selepas makan, Takumi ajak tengok Gundam. Peminat gila Gundam budak ni... Noam panggil dia otaku (nerd). Dia sekejap-sekejap kasi pause wayang untuk menerangkan watak. Aduhai... rajinnya budak ni. Kami tengok sikit ja pun wayang tu pasal semua pun penat...
11 Disember 2015 (Jumaat)
Ok pagi ni mari aku bawa tour rumah tempat aku tinggal... Yalah sementara menanti semua pekerja sampai di rumah ni kan.
View dari tingkap aku. |
Pintu depan rumah aku tinggal. Ada anjing! Namanya Yuki Kaze, Takumi pelihara pasal anjing ni cedera kena langgar di depan mata dia. |
View dari pelantar yang ada di rumah ni. |
Pemandangan kampung. |
Rumah tempat tinggal kami bertiga. Bahagian warna putih bertingkap tu bilik Noam, berdepan bilik aku. |
Double rainbows! |
Yuka datang bersama hujan... |
Setelah Masa-san, Yuka-san, Nobu-Kun berada di rumah barulah kami semua bergerak ke kilang pemprosesan teh. Pagi ni Masa-san yang memandu juga... Sabar ja la... Dalam hujan, kami nampak pelangi ketiga di depan mata. Memang unik betul kejadian pagi yang sejuk dengan matahari dengan hujan dengan tiga pelangi!
Sampai di kilang kami menyambung kerja kami kelmarin iaitu membersihkan pokok teh untuk dijadikan Sannen Ban Cha. Masa rehat makan tengahari Tokumi ajak aku sekali dengan Noam dan Yuka ke kedai bakeri. Aku ikut ja lah untuk tengok. Bukan aku dapat beli pun, nda tau mana halal mana nda. Kami pun kembali ke kilang setelah mereka semua membeli roti masing-masing. Sampai di kilang hujan masih turun. Jadi makan bento yang aku sediakan pagi tadi di tempat kami membersihkan pokok teh tu lah.
Labu goreng, telur goreng, serunding daging dan sayur dicelur sebentar. |
3 orang join kami petangnya, Nishio dan dua orang lagi macam orang golongan istimewa; Atsushi dan Koyama. Banyak betul pokok teh ni yang mau dibersihkan... Macam nda pandai habis pula.
Jam 4 lebih kami menyudahkan apa yang boleh disiapkan dan mula berkemas. Hari ini nda payah masak makan malam sebab kami bertiga (aku, Takumi dan Noam) akan makan di rumah Masa-san sambil menyambung tengok wayang Gundam semalam. Balik-balik si Takumi tanya makanan apa yang aku boleh dan yang nda boleh aku makan. Lepas tu dia kasi tau la Masa-san... Edeh, punyalah bagus orang-orang sini ni.
Kami semua balik ke rumah. Kami pun bersiap untuk ke rumah Masa-san. Perjalanan ke rumahnya nda lah jauh sangat. Kalau berjalan kaki memang jauh, kalau naik kereta sekejaaap ja sampai hehehe.
Kami disambut Masa-san di hadapan rumahnya. Di dalam, Megumi pun ada sekali. Memang bestlah menu hot pot untuk malam ni! Semuanya seafood dan sayuran sahaja.
Hot pot sebagai makan malam. |
Semasa makan, kami pun mula menonton wayang Gundam. Tiada subtitle yang boleh aku fahami jadi nasib juga boleh faham sikit-sikit jadi nda lah aku keboringan menengok.
Selepas wayang Gundam habis sambung lagi Star Wars Episode 5. Aduhai... marathon wayang oh... Takumi tertidur sudah masa wayang Star Wars tu. Aku dan Noam masih bertahan. Begitu juga dengan Masa-san dan Megumi. Kami makan pelbagai snek yang dorang beli. Masa-san siap baca kandungan bahan lagi snek-snek tu supaya aku yakin boleh makan. Terima kasih Masa-san!
Aku dan Noam pun makin lama makin mengantuk, jadi Masa-san pun bilang baliklah rumah. Jadi kami pun mengejutkan Takumi dan berangkat balik.
12 Disember 2015 (Sabtu)
Hari ini hari cuti aku. Aku dapat dua hari cuti di sini berbanding hanya satu hari di Sonobe. Hari ini Takumi dan Noam ada kerja part time jadi dorang nda dapat bawa aku ke bandar Nara. Jadi aku tinggal ja lah di rumah. Bas sini susah betul, kampung bah ni. Tapi walaupun kampung, masih juga dalam kawasan bandar Nara. Jadi untuk mengisi masa aku, aku pun mula-mula ambil gambar lah hehehe. Jadi inilah rupa dalaman tempat tinggal aku di Yamabe, Nara ni.
Beras, sayur-sayuran, buah-buahan dan bahan memasak yang disediakan. |
Peti ais yang ada sayuran dan bahan-bahan memasak yang lain. |
Kawasan dapur yang memerlukan kita pakai selipar atau kasut. |
Pintu di dapur yang menghala ke bilik penyimpanan yang menempatkan kamar mandi dan tandas. |
Kamar mandi di kanan dan tandas di kiri. |
Tangga menuju ke bilik aku. Pintu yang belah kanan bilik aku dan belah kiri bilik Noam. |
Turun dari tangga lalu hallway ni yang banyak sliding door yang membolehkan kita keluar. Tapi aku nda pernah pun keluar rumah dari sini. |
Ruang tamu tempat kami makan bersama. Betul-betul bersebelahan pintu masuk dan juga hallway tadi. |
Selepas ambil gambar aku pun mula membersihkan tandas yang memang busuk. Tandas ni yang zaman dulu punya, lubang ja dan nampak la segala najis di dalam tu. Kita kena duduk mencangkung dan istinjak guna tisu... Edeh, punya lah susah! Aku cuci sebersih-bersih yang aku boleh mangkuk tandas (panggil mangkuk ka juga tu ah?). Wangi lah sekejap, tapi nda bertahan lama pasal lubang tu besar betul, semerbak ja haruman yang ehem-ehem tu naik. Cis!
Aku kemudiannya mula mencuci sinki di bilik mandi yang tersumbat. Aku memang suka cabaran ni. Sudahlah kotor, tersumbat lagi... Memang dasar bujang betul lah dua orang yang tinggal di sini ni. Tiga kali juga aku siram lubang sinki tu dengan air panas barulah air dapat turun dengan lancar. Aku kemudiannya mencuci bersih sinki tu, sebaik yang aku boleh...
Marathon pembersihan aku sambung lagi di sinki dapur. Aku gosok-gosok sinki tu supaya nampak berkilat dan hilang segala kekotoran yang aku nampak. Setelah bersih barulah aku rasa puas hati. Hehehe ni lah bah kerja orang yang keboringan ni, terpaksa cari kerja mau dibuat.
Setelah selesai kerja pembersihan, perut pun mula rasa lapar jadi apa lagi, terpaksa lah buat sesuatu untuk dimakan. Ni bukan lagi rumah Keiko atau rumah Kak Ari di mana makanan ada yang sediakan. Menu makan aku adalah menu fusion (cewah), nasi beras Jepun, nori dan serunding daging dari Malaysia. Sedapkah? Tengok gambar ja lah kamu ah...
Fusion Invention: Japanese Short Grain Rice with Malaysian Beef Floss. |
Petangnya aku masak untuk kami bertiga, sayur campur tumis dan ikan yang aku pan-fried. Rupanya Takumi lambat betul balik dari kerja dan begitu juga Noam. Takumi sudah balik, dan aku menunggu Noam lagi. Bila Noam sudah balik, mau ajak Takumi makan, Takumi sudah tidur pula. Jadi makan malam aku bersama Noam ja lah.
Menu makan malam. |
Noam bagitau kerja dia tu di dekat dengan bandar. Jadi kalau aku mau ikut dia esok pagi masa dia pergi kerja, aku boleh ikut. Takumi pun ada offer aku untuk bawa ke bandar pasal kerja dia pada hari Ahad kena batalkan. Belum pun dia bagitau jam berapa dia jalan esok dia pun pergi ke bilik dia. Aku pun nda tau siapa aku mau ikut esok. Biar esok ja lah aku putuskan.
Noam ni banyak betul benda yang dia cerita. Banyak betul ilmu dalam kepala dia. Tapi dia pun nampak sudah penat, cerita pun nda ketentuan sudah jadi kami pun putuskan sudah masanya untuk kami masing-masing pergi berehat.
13 Disember 2015 (Ahad)
Hari kedua hari cuti aku bermula dengan aku solat subuh. Kemudian aku menyediakan bento pasal aku akan ke bandar Nara hari ni. Aku putuskan akan mengikut Noam pagi ni sebab dia jalan jam 8 pagi manakala Takumi pada jam 10 pagi. Lagi awal jalan, lagi banyak aku boleh jelajahi hihihi.
Aku mengikut Noam ke tempat dia kerja sambilan iaitu Umamikyuryo Park di Kawai-cho, Nara. Dia ni yakin ja boleh cari jalan ke sana pasal kelmarin dia sudah pergi sana dengan kawan dia. Last-last dia minta aku guna Google Maps untuk cari jalan. Dia mau elak jalan yang ada tol, tapi jalan yang dia pilih memang nda boleh elak tol sudah. Jadi terpaksalah dia membayar hehehe.
Dalam jam 8 pagi juga kami sampai di sana. Aku memutuskan untuk tidak pergi ke Nara Park destinasi aku sebaliknya berjalan-jalan dulu di taman ni. Aku dan Noam berpisah setelah kami set untuk berjumpa semula di Stesen Nara, Kintetsu Line di depan air pancut jam 6 petang.
Mentari pagi di Umamikyuryo Park. |
Aku membiarkan kaki aku membawa diri di sekitar taman. Aku singgah sekali sekala di tempat yang memaparkan peta untuk mengetahui di mana aku berada ketika itu.
Nagareyama Tumulus (makam kuno) di Umamikyuryo Park. |
Lama betul rupanya aku berjalan-jalan di taman ni tanpa aku sedari 3 jam sudah berlalu. Aku pun menghala ke stesen tren yang terdekat iaitu Stesen Ikebe. Untuk pergi ke Nara Park, aku kena banyak kali tukar tren. Di Stesen Ikebe aku menaiki tren Kintetsu-Tawaramoto Line ke Stesen Shin-Oji. Kemudian keluar dari stesen aku berjalan kaki sekejap menuju ke Stesen Oji yang berhadapan. Aku membeli tiket Kintetsu-Ikoma Line untuk ke Stesen Kintetsu-Nara dengan mesin tiket dan menanti tren sampai. Tren akan ke Stesen Ikoma dan dari Stesen Ikoma aku menaiki Kintetsu-Limited Express menuju destinasi terakhir iaitu Stesen Kintetsu-Nara. Memang kalau orang yang nda pandai tengok papan yang ada senarai harga tiket tu memang kompom tersekat lama di satu-satu stesen. Nasib baik aku sudah ada pengalaman berjalan-jalan dengan sistem tren di Kyoto dulu.
Sesampai di Stesen Kintetsu-Nara, aku terus nampak air pancut yang dimaksudkan Noam tu, jadi di sanalah nanti aku akan tunggu dia. Aku kemudian pergi ke Pusat Informasi Pelancong yang sangat dekat, naik tangga ja selepas limpas jalan kecil dekat air pancut tadi tu. Aku pun mengambil peta tarikan di bandar Nara yang boleh kita ambil secara percuma.
Aku pun mula Google apakah tarikan utama pelancong di Nara ni. Aku semak tarikan mana yang percuma ja untuk pergi... Hehehe kan aku miskin, jadi pilih yang percuma ja la untuk masuk. Kalau yang ada bayaran tu, sorry lah... Jadi kiranya aku mau buktikan yang kita boleh jumpa macam-macam tempat menarik tanpa membayar apa-apa. Aku menanda tempat-tempat yang percuma untuk dilawati di peta. Ada juga yang boleh kita tengok dari luar jadi masuk juga lah dalam senarai hehe.
Destinasi pertama adalah Kofukuji Temple. Sebelum sampai limpaslah laluan yang ikonik bagi negara Jepun ni. Siok ja limpas kalau bahagian-bahagian berbumbung begini dengan kedai-kedai berderet di tepi-tepi.
Aku berhenti makan bekal aku dulu sebelum aku pergi ke Kofukuji Temple. Duduk pun di hadapan kolam Sarusawa-Ike yang betul-betul menghadap pagoda lima tingkat Kofukuji Temple. Memang tempat duduk yang best la untuk makan tengahari.
Makan bekal di depan Sarusawa-Ike Pond. |
Tokondo Hall dan Five-Story Pagoda di Kofukuji Temple. |
Destinasi seterusnya adalah Yoshikien Garden yang menawarkan kemasukan percuma untuk pelancong asing. Tapi masa pergi sana, laluan terhalang pula dengan Nara Marathon yang kebetulan berlangsung.
Nara Marathon 2015 in progress! |
Lama jugalah menanti peserta terakhir untuk lalu, barulah jalan raya dibuka semula untuk laluan orang ramai. Yang seronoknya di sini adalah orang-orang yang menonton punya bersemangat bagi semangat kepada peserta marathon. Nda berhenti-henti dorang jerit kata-kata semangat kepada peserta.
Aku pun meneruskan perjalanan ke Yoshikien Garden. Kesemua destinasi-destinasi ni dekat-dekat ja untuk berjalan kaki. Tapi aku silap nda bawa kasut sukan aku. Ni berjalan berjam-jam pakai but yang keras memang menangislah kaki aku kesakitan.
Selepas memberitahu penjaga kaunter di Yoshikien Garden tu aku dari Malaysia, dia pun bagi aku peta taman tu. Ni betul ni, aku masuk ja terus berdiri bulu roma di tengkuk aku. Subhanallah, punya cantik tempat ni! Aku balik-balik ucap alhamdulillah sebab diberikan kesempatan untuk melihat keindahan di depan mata. Semaju-maju kamera apapun, nda akan dapat menangkap apa yang boleh kita tengok di hadapan mata kita sendiri. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk memperlihatkan kepada pembaca setia aku...
Dari Yoshikien Garden aku menuju ke Kasuga Taisha Shrine. Tapi masa hendak ke sana, ternampak gerbang besar, lepas tu nampak lagi bangunan besar. Jadi apa lagi, teruslah aku pergi ke bangunan besar tu. Rupanya ianya adalah Todaiji Temple. Kena bayar yuran masuk kalau mau tengok Daibutsuden dengan dekat. Aku nda masuk, ambil gambar dari luar ja hehehe. Oh lupa bagitau, aku sudah sampai di bahagian banyak rusa berkeliaran. Memang rusa-rusa ni dibiarkan ja di Nara Park ni.
Todaiji Temple. |
Daibutsuden (ambil gambar dari celah pagar hahaha). |
Kemudian aku berpatah balik ke gerbang besar yang aku nampak tadi. Gerbang itu sebenarnya adalah Nandaimon Gate.
Aku menyambung perjalanan aku ke Kagusha Taisha Shrine. Hari pun sudah semakin mulai kelam dalam perjalanan aku ke sana. Rusa-rusa ada sahaja di depan mata. Ada yang cuba menghampiri, mungkin minta makanan sama aku...
Akhirnya aku pun menghampiri tempat yang aku tuju. Hari semakin lama semakin gelap tapi aku mau juga sampai ke sana.
Batu-batu begini ada ja di sepanjang perjalanan ke Kagusha Taisha Shrine. |
Pick-a-boo! |
Kagusha Taisha Shrine. |
Ntah la apa benda dalam ni... Tapi view mantap! |
Setelah pusing-pusing di Kagusha Taisha Shrine, aku pun mula bergerak ke Stesen Kintetsu-Nara. Sakit betul sudah kaki aku, nda mampu lagi aku mau berjalan-jalan. Jadi aku mau tunggu ja Noam di sana.
Hampir tepat jam 6 petang Noam datang mengambil aku. Dia pun aku tengok kepenatan betul sudah berkerja seharian. Aku pun penat juga seharian berjalan. Dua-dua kami penat. Kami bercerita sikit-sikit mengenai hari kami sepanjang perjalanan dan juga banyak bertanya pasal agama masing-masing. Iyalah kekadang kita ni nda suka sesuatu agama tapi kita nda tahu pun cerita dari sebelah pihak tu. Dalam Quran pun cakap, Allah ciptakan manusia dari pelbagai kaum dan berpuak-puak supaya kita boleh beramah mesra dan belajar antara satu sama lain.
Noam sudah menyatakan pendirian tentang sokongannya terhadap tindakan Israel. Jadi adakah aku bersalah jika aku berkawan dengannya? Satu contoh mudah lah, kalau pembaca boleh kata tidak untuk satu dari soalan-soalan aku, memang nda salahlah aku berkawan dengan Noam. 1. Adakah negara Malaysia terletak di Asia Tenggara? 2. Adakah DS Najib Razak Perdana Menteri Malaysia? 3. Adakah semua rakyat Malaysia mahukan beliau sebagai Perdana Menteri? Hehehe ok sampai situ ja soalan aku. Jadi, walaupun Noam ni orang Israel nda semestinya dia angguk ja dengan tindakan negara dia kan... Itu yang dia mau berhijrah dari Israel tu dan berkerja di Jepun. Malas sudah dia dengan konflik yang nda berkesudahan di sana.
*************************************************************************
Nda sangka dari Osaka, aku kini di Nara. Berjumpa dengan orang-orang baru, insya Allah dapat lagi pengalaman baru. Moga-moga minggu hadapan akan membawa lebih banyak kenangan yang akan aku ingat untuk masa yang panjang.
No comments:
Post a Comment