Monday, May 11, 2015

My Weight-Loss Journey


Apa sebenarnya yang memulakan pengembaraan menurunkan berat badan ni? Sebenarnya lebih kepada takdir... Pada 10 Mei 2013 aku dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II kerana recurring Perianal Abcess (bisul dekat dubur da...). Ni serangan teruk kali ke-3 sejak tahun 2007. Serangan pertama, paling sakit tahun 2007 kena tahan di HKL. Yang kedua bisul pecah di Hospital Putrajaya bulan Disember 2012. Serangan ke-3 la yang membuatkan aku dirujuk ke Klinik Obesiti. Alhamdulillah...


Ni masa kena tahan di Hospital Queen 2 pasal bisul.

Payah ni duduk di wheelchair, nda muat ba, terkepit member...


Bila discaj, aku pun kena bagi appointment untuk jumpa Dr. Siti Zubaidah Sharif di Klinik Endokrin/Pembedahan. Pertama kali jumpa doktor ni, berat badan aku 160 kg. Dr Siti pun suruh aku cuba kurangkan dulu berat badan sendiri dalam 5 bulan. 5 bulan kemudian, jeng jeng jeng, aku berjaya menambah 10 kg. Memang hebat! Dari situ, doktor rasa aku memang perlukan bantuan. Dr Siti pun merujuk kes aku ke beberapa klinik pakar seperti Klinik Endokrin/Perubatan (klinik ni utk tahu sama ada kegemukan aku ni berpunca dari gangguan hormon atau bukan), Klinik Respiratori (ujian paru2, ujian tidur - penting untuk pembedahan yang lancar), Klinik Dietatik (tunjuk ajar pemakanan yang betul), Jabatan Fisioterapi (senaman di gim secara mingguan) dan Unit Kaunseling (mengetahui punca dan cara2 mengatasi masalah pemakanan). 

Secara rasminya pada 14 Oktober 2013, berat badan aku untuk permulaan pengembaraan penurunan berat badan ini adalah 172.1kg. Rupanya aku naik lagi 2.1kg dalam 4 hari... tahniah Iryan! Dengan ketinggian 172.5 cm (perasan ka, sikit lg sama nombor berat aku dlm kg n tinggi aku dlm cm hehe), BMI aku adalah 57.8 yang membuatkan aku termasuk dalam kategori Super Morbidly Obese seperti yang tertulis di sini.

Aku pada15 Oktober 2014

Baiklah itu sahaja untuk blog kali ini. Akan datang aku akan ceritakan kisah aku memulakan pengembaraan mengurangkan berat badan ni. Menjadi harapan aku, kisah aku akan menjadi satu tauladan kepada semua...


Next on From 5X to an X: Vertical Sleeve Gastrectomy (VSG) - My Journey

No comments:

Post a Comment