Tuesday, December 22, 2015

Japan Story - Week 8

Minggu ke-8 di Jepun dan sudah 11 hari aku berada di Nara.


14 Disember 2015 (Isnin)

Pagi ini aku, Noam, Takumi, Masa-san dan seorang lagi yang baru ku kenal Shige berkerja bersama. Noam dan Takumi naik satu trak, aku dengan Masa-san dan Shige sendirian. Hari ini kali pertama aku dibawa ke ladang teh. Tugasan kami pada pagi ini adalah menuai pokok teh yang telah dibiarkan tumbuh sendiri selama 3 tahun. Pokok teh inilah yang akan dijadikan Sannen Ban Cha.

View ladang teh.

Pokok teh yang tinggi mahu dituai.

Pokok-pokok teh yang telah dituai musim lalu.


Takumi dan Noam bertugas memotong pokok teh. Manakala aku pula mengangkat pokok-pokok yang telah dipotong dan menghulurkannya kepada Masa-san yang menunggu di atas trak. Shige pula kerjanya memotong batang-batang besar yang tinggal selepas dituai.

Takumi dan Noam sedang menuai pokok teh.

Kekadang susah juga mau angkat pokok teh tu. Batang-batang yang tinggal menyangkut bah di seluar bikin kita susah jalan. Kami memenuhkan satu trak dan Masa-san dan Shige menghantarnya ke kilang pemprosesan teh.

Trak bersedia untuk penghantaran.

Aku, Noam dan Takumi menyambung tugasan kami setelah Masa-san dan Shige pergi. Aku menyusun pokok-pokok teh di siring-siring supaya senang kena angkat nanti masuk lori. 

Apabila Masa-san dan Shige kembali kami pun berhenti rehat untuk makan tengahari. Kami masing-masing mengeluarkan bekal kami sendiri dan makan di ladang teh. Suhu yang sejuk di awal pagi sudah mula suam masa kami makan. Lepas makan dorang semua mula menggulung rokok tembakau dan mula menghisap. Noam suruh aku cuba, dan aku pun cuba. Tapi tiada apa pun feeling yang aku dapat dengan hisap rokok gulung ni. Ntah apalah yang best sangat dengan merokok ni...

Setelah rehat makan tengahari kami sambung memuatkan pokok teh ke atas trak. Setelah semua pokok-pokok yang dituai siap kami angkut, kami semua kecuali Shige pun berangkat pergi ke kilang teh. Sesampai di kilang teh, kami menurunkan pokok-pokok teh tadi dan memasukkan ke dalam stor.

Setelah berehat sekejap, aku dan Noam pun mula membersihkan pokok teh. Masa-san, Nishio, Atsushi dan Koyama pun ada membersihkan pokok teh bersama dua orang lain yang baru aku nampak hari ini. Selepas beberapa ketika, Takumi dan Noam pergi semula ke ladang teh untuk menuai lebih banyak lagi pokok teh. Aku meneruskan kerja sendirian di tempat aku dan Noam sama-sama membersihkan tadi. Kami semua terus membersihkan pokok teh sehingga semua longgokan di bangunan utama kami siapkan. Kemudian kami pun mula membersihkan kawasan.

Setelah berehat sebentar, kami sambung lagi membersihkan pokok teh yang baru kami tuai pagi tadi. Nishio dan rombongannya iaitu Koyama, Atsushi dan dua orang lagi meninggalkan kami setelah masa mereka membantu kami tamat. Aku dan Masa-san mula membersihkan kawasan stor yang kami gunakan semasa membersihkan pokok teh tadi.

Hari sudah semakin gelap apabila Noam dan Takumi kembali dengan pokok-pokok teh yang dorang baru tuai. Kami main longgok ja pokok-pokok teh tu pasal limpas sudah jam 5 petang. Megumi dan Yuko ada juga di kilang teh petang tu. Dorang memberikan kami bertih beras setiap seorang.

Bertih beras pemberian Megumi dan Yuko (girlfriend Kenichi)

Aku balik ke rumah bersama Masa-san selepas itu manakala Takumi bersama Noam dan Yuka bersama Nobu. Untuk makan malam aku masak sup sayuran bertauhu dengan dashi bonito dan kombu dan juga labu merah dan ubi cina goreng. Aku makan seorang sebab Noam tidur dan Takumi jalan ke bandar untuk bawa Yuki Kaze jumpa doktor haiwan.

Menu makan malam.

Noam bangun apabila Takumi kembali dan mula makan malam dan mereka pun makan bersama. Bahasa Jepun Noam ni jauh lebih maju dari aku, jadi dia dengan Takumi memang rapat. Aku susah mau berkomunikasi dengan Takumi ni yang kurang sikit dalam Bahasa Inggeris. Aku berharap suatu hari nanti Bahasa Jepun aku kembali masuk dalam kepala aku ni. Banyak sudah hilang dari memori. Lagi satu di sini lain Bahasa Jepun dia berbanding yang standard macam yang aku belajar dulu. Sudahlah standard pun aku sudah lupa, inikan pula Bahasa Jepun dialek Kansai yang susah betul aku mau tangkap!


15 Disember 2015 (Selasa)

Pagi ini nda payah pergi ke mana-mana sebab kerja kami bertiga adalah mengopek limau tachibana di rumah. Siok juga nda payah pergi mana-mana untuk kerja. Cuaca pagi ni pun cantik ja, mentari pun menyinar tinggi.

Limau tachibana yang hendak dikopek.

Isi dipisahkan...

...dari kulit.


Lama juga lah proses mengopek limau ni. Kami berhenti pada jam 12 tengahari untuk makan tengahari. Aku dapat solat zuhur di rumah hari ni, alhamdulilah! Bento yang aku buat untuk aku sendiri adalah brokoli celur, telur rebus, nasi dengan nori dan salad buah epal.

Bento tengahari.

Setelah berehat sebentar, Takumi pergi menghantar kulit limau ke kilang teh untuk dikeringkan sementara aku dan Noam memerah isi limau tadi. Sekembalinya Takumi dari kilang, dia pun turut serta memerah limau.

Takumi dan Noam sedang memerah limau tachibana.

Takumi menyimpan jus limau ke dalam freezer dan selepas itu kami pun bersedia untuk ke ladang teh untuk menuai pokok teh. Di ladang teh, kami terus buat macam kelmarin di mana Noam dan Takumi menuai dan aku mengangkat hasil tuaian berdekatan trak. Kami terus menuai sehinggalah hujan mula turun. Kami pun berangkat balik ke kilang pemprosesan teh. 

Kami menurunkan hasil tuaian ke bangunan utama dan berehat sebentar. Selepas berehat kami membantu Yuka sementara menanti masa untuk mengemas dan pulang. Shige masa tu berkerja di mesin chipper. Nobu pula cuti pasal ada exam ambil lesen kereta.

Hari ini ada wartawan dari majalah yang datang ke kilang jadi kami stay lebih lama lah di sana berbanding hari-hari biasa. Hari sudah gelap bila kami bergerak pulang.

Aku terus mandi dan solat. Selepas tu aku mula menyambung buat blog minggu lepas yang lama aku nda tulis jadi berlambak mau ditaip. Ni lah ni kalau kerja bertangguh memang menyusahkan kita dikemudian hari. 

Noam dan Takumi masak hari ini. Dorang masak ayam dan daging lembu. Dua-duanya pun aku nda boleh makan sebab nda halal. Jadi aku ikut makan sup sayuran dan tauhu yang Takumi masak ja la.

Lepas makan aku sambung menaip blog... Akhirnya siap jugalah dan terus aku upload untuk pembaca setia aku yang dua orang tu hehe.


16 Disember 2015 (Rabu)

Hari ini Takumi menghantar aku ke kilang yang Megumi bawa aku masa hari pertama aku sampai di sini. Hari ini aku berkerja di kilang ni bersama Yuka, dan dua orang yang baru aku jumpa hari ini iaitu Takashi dan Masayuki. Masayuki ni pelajar Osaka Prefecture University yang membuat internship selama 5 hari untuk Takashi.

Kerja kami adalah mengopek Mikan atau buah oren. Kami kopek kulit dan isinya kami bersihkan dari selaput putih. Kulit akan dikeringkan dan akan dijadikan antara bahan campuran teh manakala isi limau dijadikan jus. Kerja aku hari ini memang sangat relaks, jauh berbeza dari kerja di kilang pemprosesan teh dan juga di ladang teh.

Dalam jam 11.50 kami sudah berhenti rehat untuk makan tengahari. Kami semua menaiki kereta Takashi dan menuju rumahnya yang punyalah dekat. Rasanyanya nda sampai seminit perjalanan.

Rumah Takashi yang sangat besar. Yuka pun ikut tinggal di sini.

Kami semua duduk bersama di meja makan. Aku makan bento aku sementara Takashi, Yuka dan Masayuki makan makanan yang dorang sudah sediakan di rumah tempat dorang tinggal. Yuka menghidangkan aku sup miso yang pada aku memang sedap. 

Nasi putih dengan nori, salad epal dan oren dan telur rebus serta sup miso.

Takashi memberitahu aku supaya rehat dulu. Dia cakap dia bos hari ni jadi boleh rehat sampai jam 1.30 petang hehehe siap high-five lagi kami. Aku pun melawat-lawat sekitar rumah tradisional Jepun yang besar ni.








Aku juga bercerita sedikit dengan Masayuki di luar rumah sambil berjemur di bawah matahari. Syukur jugalah walaupun lambat sedikit, tapi kami dapat berkomunikasi dengan aku guna broken Japanese, dia guna broken English. Dua-dua broken hahaha. Kami berdua masuk kembali ke dalam rumah apabila cuaca kami rasa semakin sejuk. Selepas beberapa ketika, Takashi membawa kami semua kembali ke kilang pemprosesan makanan untuk menyambung kerja kami mengopek kulit oren. 

Kulit oren dan isi buah oren yang belum dibuang selaput putih.

Isi buah oren yang siap dibersihkan.


Takashi ni berumur 34 tahun. Orangnya berfalsafah tinggi. Banyak juga apa yang dia cakap memang masuk akal. Nasib juga ada Yuka tolong translate apa yang dia ceritakan. Dia mahu semua orang supaya jadi lebih relaks dan jangan terlampau stres sebab bagi dia hidup penuh stres ni nda baik untuk kesihatan. Dia cakap dia sudah berjaya membuatkan Masayuki lebih relaks dan goal untuk internship si Masayuki adalah untuk menjadi relaks. Wow! Mau lah bah aku bos macam begitu tu... Ops lupa pula bagitau yang Takashi ni ada ladang sayur sendiri, Masayuki ni buat intership sama dia kerja di ladang. Aku pun pelik pasal Masayuki ni pelajar jurusan psikologi tapi ambil internship di ladang sayur... hairan...

Takashi (tengah) menceritakan falsafah hidup kepada Masayuki. Di kanan tu Yuka.

Kami menyudahkan kerja mengopek oren dan membersihkan tempat tu. Memang kerja yang best bagi aku hari ini!


17 Disember 2015 (Khamis)

Hari ini Noam cuti. Tangannya yang patah sebab gusti lengan 3 tahun lepas di California kembali sakit, mungkin kerana terlalu banyak buat kerja Kenichi Shizen Nouen (Kenichi Purest Farm) ni.

Takumi membawa aku dan Nobu ke kilang pemprosesan teh. Ketika itu ada Shigeharu sedang memasukkan pokok-pokok teh ke dalam mesin chipper. Apabila melihat Nobu telah tiba, Takumi dan Shigeharu berangkat ke ladang teh untuk menuai lagi pokok teh. Jadi tinggal aku dan Nobu sahaja di kilang.

Aduhai punyalah susah mau berkomunikasi dengan Nobu ni. Bukan sahaja aku yang kurang pandai Bahasa Jepun ni nda faham dia, malahan rakan-rakan sekerja dia yang lain pun nda berapa faham apa dia cakap. Dia ni dari golongan istimewa. Nda teruk lah tapi masih ada kesukaran sikit. Apa yang bagus mengenai Kenichi ni kan, dia bagi peluang orang-orang istimewa untuk berkerja di sini. Ada satu kumpulan yang selalu Nishio bawa rasanya dari golongan orang istimewa datang seminggu dua kali untuk membantu kerja di kilang.

Nobu berkerja di mesin chipper sementara aku sendirian membersihkan pokok-pokok teh.  Balik-balik juga Nobu datang ke tempat aku membersihkan meminta supaya aku tambahkan kelajuan lagi membersihkan pokok teh sebab kalau aku lambat, dia tiada apa-apa benda mau dimasukkan ke dalam mesin chipper tu hehehe. Memang pembersihan aku hari ini dalam kelajuan hyperdrive lah... Nobu pun kekadang terkejut aku cepat bawa pokok teh yang sudah dibersihkan ke tempat dia berkerja.

Dalam jam 9.55 pagi Abe datang ke kilang dan memula proses memanggang serpihan pokok teh yang akan dijadikan Sannen Ban Cha. Dia kurang sihat hari ini, begitu juga Masa-san yang tidak dapat datang kerja kerana sakit perut. Memang hari ini ramai yang kurang sihat jadi kurang tenaga kerja.

Masa aku sedang mengangkat pokok teh yang sudah dibersihkan ke tempat Nobu, Kenichi datang membawa mesin chipper baru. Yalah dia ada target untuk mencapai 10 tan Sannen Ban Cha untuk musim kali ini jadi dia memerlukan pertambahan aset untuk memungkinkan dia mencapai target itu.

Aku, Nobu, Kenichi dan Abe sama-sama membawa mesin chipper tu masuk ke bangunan utama. Kerja pembersihan pokok teh dihentikan sekejap sebab mana tau Kenichi perlu apa-apa bantuan.

Mesin chipper baru.

Setelah memastikan mesin itu berfungsi, Kenichi pun pergi meninggalkan kilang. Aku dan Nobu kemudiannya berhenti rehat untuk makan tengahari. Kami duduk bersama tapi membelakang  antara satu sama lain. Nobu nda berhenti bercakap, dan aku hanya angguk ja lah sebab lebih banyak nda faham berbanding yang aku faham.

Sebab kesejukan yang melampau, aku dan Nobu lepak di tempat Abe memanggang serpihan pokok teh. Rasa sungguh nyaman apabila Abe memberikan kerusinya dan menyuruh aku duduk di hadapan api yang digunakan untuk memanggang pokok teh.

Suhu panas yang diidamkan di musim sejuk!


Selepas makan dan berehat pendek, aku menyambung kerja pembersihan pokok teh. Sekejap sahaja masa rehat tengahari hari ini sebab banyak pokok teh yang mau dibersihkan. Beberapa waktu kemudian, Takumi dan Shige kembali ke kilang membawa pokok-pokok teh yang baru dorang tuai. Aku membantu mereka menurunkan pokok teh dari trak dan masuk ke  stor.

Abe merasa betul kurang sihat jadi dia pulang awal dibawa Shige. Takumi dan Nobu memutuskan untuk balik awal hari ini dan tidak melakukan kerja pembersihan tempat kerja seperti kebiasaan sebab esok akan sambung lagi kerja yang sama. Kami meninggalkan kilang pada jam 4.40 petang.

Takumi meninggalkan aku dan Nobu di tepi jalan berhampiran rumah sebab dia ada lagi urusan. Sekembali di rumah, terlihat Noam sedang Skype di ruang tamu dengan adik kembarnya di California. Aku bergegas untuk membersihkan diri dan solat.

Usai solat aku turun semula membawa beg aku yang berisi kelengkapan untuk aku lepak di kotatsu di ruang tamu. Biasanya dalam beg tu ada komputer, sarung tangan, beanie dan semua wayar-wayar pengecas. Susah tau jadi blogger nda popular ni, kena juga menaip untuk pembaca setia walaupun sejuk2... Sejuk betul komputer ni kalau kita sentuh, bergegar badan dibuatnya.

Noam nampak lebih relaks hari ini. Yalah hari-hari lain dia nampak penat sangat dan nampak stres. Itulah kalau kerja setiap hari, memang badan dan minda pun jadi lemas. Hari ini baru nampak keceriaan yang sudah hilang di wajahnya.

Takumi pulang ke rumah dan memberikan aku dan Noam mochi. Sedap juga mochi yang dia bagi ni.

Mochi pemberian Takumi.


Takumi bagitau dia mau ke bandar Nara untuk beli buku dan juga main game. Noam cakap dia mau ikut dan mengajak aku sekali. Cari makan katanya... Mungkin juga sebab dia kebosanan seharian di rumah. Dia pun bilang tiada kerja, jadi kasih bersih rumah ja lah dia siang tadi.

Noam dan Takumi di kerusi hadapan. Bersedia ke Nara City!


Aku dan Noam ni ikut sebab mau cari makan. Kami menuju ke kedai kari yang ada menu vegetarian. Sesampai di kedai tu, tutup pula da... Jadi diorang pun bawa aku ke kedai pizza.

Menu makan malam aku: Pizza dengan ikan bilis dan buah zaitun hitam serta jus oren. Mahal oiii 1,200 yen semua sekali!


Noam, aku dan Takumi di kedai pizza.


Selepas makan kami ke kedai buku sebab si Takumi mau beli novel bersiri yang dia sedang ikuti. Kemudian kami pergi ke destinasi utama Takumi, kedai game. Edeh punya main maju gila game di sini ni. Kalau benda yang sama ada di Malaysia, terpaksa pakai rotan kali untuk pukul anak-anak yang nda mau balik dari main game hehehe.

Kami jadi pemerhati Takumi main game.


Game multiplayer dari serata Jepun dan juga ada yang dari Taiwan. Touchscreen dan mouse dan joystik dia punya maju!

Game pod. Skrin lengkung seolah player betul-betul di dalam game. Kerusi siap bergoyang lagi.


Aku sempat ke kedai 100 yen sementara menanti Takumi main game. Sekembali aku dari membeli barang sedikit kami pun berangkat pulang menuju ke Shimofukawacho iaitu tempat kami tinggal.

Dalam perjalanan balik untuk pertama kali dalam hidup, aku melihat salji turun dengan mata aku sendiri. Alhamdulillah, diberikan kesempatan ini oleh Allah. Takumi bagitau salji yang turun tu nda akan berkumpul di tanah, dia akan terus cair. Kalau yang berkumpul tu, besar saiz salji yang turun. Perjalanan pulang dengan salji yang disuluh lampu kereta seolah bagaikan mimpi bagi aku. Tapi seperti apa yang aku katakan di Sonobe, Kyoto dulu, sekarang ni aku dalam mimpi dan sekembali di Malaysia nanti barulah aku di realiti.


18 Disember 2015 (Jumaat)

Hari ini aku berjumpa lagi seorang watak baru, pekerja ladang teh yang bernama Hideo. Dia ni berkerja di Kenichi Shizen Nouen pada musim panas, sekarang dia kerja tebang kayu di gunung.

Aku, Noam dan Nobu menaiki van yang dipandu oleh Masa-san. Takumi, Shige dan Hideo berangkat ke ladang untuk menuai pokok teh. Aku menyambung semula kerja membersihkan pokok teh kelmarin yang aku tinggalkan di stor. Berseorangan lagi aku kerja pagi ini. Noam berkerja memasukkan pokok teh ke dalam mesin chipper dan Nobu membersihkan pokok teh di dalam bangunan utama sambil membantu Noam. Masa-san dan Abe pula memanggang serpihan pokok teh.

Hari ini Nishio datang lagi bersama Atsushi dan Sakano (baru tahu nama dia hari ini) untuk membantu membersihkan pokok teh. Kami terus berkerja sehingga semua pokok teh di bahagian hujung stor tu habis. Kemudian kami sama-sama membersihkan ruang tersebut. Kami sambung lagi membersihkan pokok teh di bangunan utama membantu Nobu. 

Jam 12 tengahari kami berhenti makan tengahari. Aku dan Noam makan bersama di stor kemudian Nobu join sekali. Jadi kami semua makan tengahari bersama.

Noam dan Nobu.

Setelah makan kami menyambung kerja pembersihan. Beberapa ketika kemudian, Takumi, Shige dan Hideo kembali dari ladang teh membawa hasil tuaian. Nobu menggantikan Noam memasukkan pokok teh ke dalam mesin chipper. Dia meminta pertolongan aku sebentar untuk memberikan pokok teh kepadanya dan dia memasukkan ke dalam mesin chipper. 

Takumi dan Hideo pun menolong kerja pembersihan pokok teh jadi petang tu kami ada 7 orang membersihkan pokok teh berbanding aku seorang kelmarin. Kami berjaya menghabiskan pokok-pokok teh di dalam bangunan utama. Kemudian kami membersihkan kawasan tersebut. Selepas itu sambung lagi membersihkan pokok teh yang ada di hujung stor yang satu lagi. Di kilang pemprosesan teh ni ada tiga tempat simpan teh yang di tuai. Di dua hujung stor dan di bangunan utama. Kami akan membersihkan pokok-pokok teh yang paling lama dituai, maksudnya first in first out lah ni.

Masa rehat ambil gambarlah sikit kilang pemprosesan teh ni. Dan bercerita sedikit dengan Hideo.

Pandangan panorama kilang pemprosesan teh. Dari kiri stor, tengah tempat memanggang pokok teh dan kanan bangunan utama.


Van yang kami gunakan untuk ke kilang.

Hideo berposing untuk aku...

Abe dan Hideo bercerita. Suka ja dorang bila aku bagitau Malaysia ni ada dua musim, panas dan hujan ja.

Selepas waktu rehat, kami menyambung kerja pembersihan pokok teh. Jam 4.30 petang Nishio dan kumpulannya pulang. 15 minit kemudian kami memulakan kerja pembersihan kawasan dan pada jam 5 petang Masa-san, Noam, Nobu dan aku bertolak pulang bersama.

Sampai di rumah aku segera membersihkan diri dan solat maghrib. Sesudah maghrib aku turun ke bawah untuk masak. Noam sudah mula masak sup dengan pendiang api yang dia sudah pasang. Aku sebenarnya mau gunakan labu merah yang sama untuk buat sup juga tapi dia lebih awal jadi biarlah dia masak. Aku masak ikan ja lah yang pagi lagi aku kasi keluar dari freezer. Setelah siap, kami bertiga pun makan malam bersama.

Sup sayuran, ikan pan fried dan nasi putih.

Selepas makan kami bertiga menonton wayang sama-sama, wayang Star Wars Episode 6: Return of the Jedi. Susah juga melawan mengantuk masa tengok wayang tu, mungkin kepenatan dari kerja di kilang masa siangnya. Setelah habis wayang Noam dan aku naik ke bilik masing-masing dan Takumi terus berada di ruang tamu. Aku tinggalkan ja barang-barang aku di ruang tamu, terlampau penat mau mengemas tengah-tengah malam.


19 Disember 2015 (Sabtu)

Hari ini aku nda ada plan mau buat apa-apa. Mau rehat sahaja sepanjang hari. Masa mau wudhu aku ucap "Ohayou" dengan Noam yang sedang menyediakan bekalannya untuk kerja sambilan hari ini. Selepas berwudhu aku ucap "Oyasuminasai" kepada dia, pasal aku mau tidur balik selepas subuh hehehe.

Dalam jam 9 lebihj juga aku bangun balik. Perut sudah lapar jadi makan nasi dengan sup yang Noam masak semalam dengan sedikit serunding. Aku rebus ubi manis untuk dimakan. Best juga makan ubi manis masa sejuk-sejuk ni kita makan panas-panas.

Ubi manis rebus panas-panas!

Pagi ini matahari menyinari rumah kami ni Shimofukawacho, Nara. Best jugalah rasa ada suam-suam sikit bila menaip blog di ruang tamu ni dengan kaki di bawah kotatsu.

Sedang menaip blog.


Sinar mentari masuk ke ruang tamu.

Selepas menunaikan solat zuhur aku pun tidur lagi. Dalam jam 3 lebih jugalah baru aku terbangun semula. Aku segera solat asar dan kemudian turun semula untuk makan lewat tengahari bersama Takumi yang sudah mula makan. Noam sudah kembali dari kerja sambilannya dan sedang tidur di ruang tamu. Tidurnya terganggu bila Takumi memasang lampu untuk kami makan.

Selepas mengemas dan mencuci pinggan mangkuk yang kami gunakan, aku membawa "beg kelengkapan lepak" aku dari atas ke bawah. Aku mau sambung lagi menaip blog. Aku menaip blog dan berhenti bila masuk waktu maghrib dan juga bila masuk waktu isyak. Noam cukur semua misainya hari ini. Terus berubah muka dia jadi lebih muda. Kami bertiga lepak buat hal masing-masing di ruang tamu di kotatsu. Tidak lama kemudian Takumi dan Noam tidur di depan masa aku sendirian berhadapan skrin komputer. Lama juga aku cuba bertahan, namun aku pun ikut baring, kaki sikit ja dapat masuk kotatsu sebab kaki Noam dan Takumi sudah ambil ruang dan kemudian terlelap. Hari ini kami semua hanya mau berehat.

Aku terjaga dari tidur dan terhidu bau busuk. Dalam hati aku stokin siapalah yang bau betul ni? Dalam mamai aku nampak benda dekat betul dengan kaki aku. Betul ka ada benda di depan mata aku ni ah? Lama aku perhatikan, mula-mula aku ingat kaki Noam atau Takumi, tapi kaki dorang menghala ke tempat lain masa tu. Aku tengok benda tu bernafas sendiri. Memang sah! Ada binatang liar dekat dengan kaki aku! Aku pun mengejutkan Noam dan Takumi untuk memberitahu kami ada binatang liar di dalam ruang tamu. Noam mengejutkan lagi Takumi yang tidur mati, dan meminta aku pasang lampu. Maka kami pun ternampaklah seekor binatang, yang mungkin rakun atau musang, tapi kemungkinan besar musang yang dipenuhi kurap. Patutlah busuk betul baunya!

Kesian juga mencari haba dalam suhu -1 darjah selsius ni...

Noam menyiasat dan menjumpai lubang pada papan yang memungkinkan binatang ni masuk ke ruang tamu. Dia lah yang berusaha lebih menghalau binatang ni sebab si Takumi kesian dan kalau boleh mau biar dia stay dalam rumah untuk malam ni. Aku pula geli mau buat apa-apa hehehe. Binatang ni pun lari semula ke lubang tempat dia masuk. Noam menutup lubang tu dan dibantu Takumi dan berharap ianya tidak masuk lagi.

Dari hari yang perlahan, berehat dan tidur sahaja tiba-tiba menjadi hari yang mengujakan di tengah malam. Ada-ada sahaja pengalaman yang akan menjadi kenangan aku kelak di masa hadapan!


20 Disember 2015 (Ahad)

Hari ini adalah hari yang sangat panjang bagi aku. Suhu -3 darjah selsius membawa frost bersama. Jadi aku pun mengambil kesempatan melihat frost di depan mata buat pertama kali untuk berjalan-jalan sekeliling kampung menjamu mata.







Ada juga shrine di kampung ni, ternampak gerbang merah dari jauh jadi aku pun menuju ke sana.





Selepas ambil-ambil gambar di shrine ni, bateri kamera aku habis... jadi terpaksalah guna kamera handphone ja lepas ni. Dua kali juga aku pusing berjalan kaki menelusuri jalan kampung ni. Aku rasa itulah kali pertama dan terakhir aku ada kesempatan untuk melakukannya sebab aku akan meninggalkan tempat ni pada hari Sabtu nanti.

Cahaya mentari mencairkan frost.

Aku balik ke rumah dan gembira melihat pakaian yang aku sidai paginya dilimpahi cahaya matahari yang suam-suam melawan suhu dingin. Lama juga aku berjemur di bawah matahari, trip macam orang putih konon hahaha.

Aku kemudiannya lepak di kotatsu dengan Noam yang sedang berinternet dan Takumi yang sedang tidur. Aku bangun untuk ke tandas untuk buang air kecil. Selepas keluar aku perasan binatang semalam sudah mati di hadapan tandas! Kesian juga, nda mampu dia tahan suhu sejuk semalam. Memang sudah takdirlah aku jumpa binatang ni masa dia masih hidup dan masa dia sudah mati. Apa yang creepy, ada lukisan binatang yang akan-akan sama dengan binatang ni ada di bilik aku. 

Aku segera memberitahu Noam tentang kematian binatang tu dan dia terus mengejutkan Takumi. Hari yang sepatutnya perlahan tiba-tiba menjadi menarik! Takumi yang mamai bila bangun merasa sangat dukacita dengan kematian tersebut. Untuk menyingkirkan benda tidak baik dia memulakan proses pengebumian cara Jepun. Dia sendiri pun mengaku ini kali pertama dia buat, dan proses-proses yang dilakukan semuanya dari ingatan dan fikiran dia sendiri.

Noam memasukkan kitsune atau tanooki ke dalam bekas plastik.

Takumi sedang memotong buluh sebagai bahan api pembakaran kitsune atau tanooki tu.

Benda-benda yang akan digunakan dalam proses cremation binatang tu.

Takumi memandu trak dengan semua barang-barang yang diperlukan sementara Noam dan aku menaiki van sebagai pengiring. Memang gah juga upacara pembakaran ni! Takumi singgah untuk membeli sake dan garam untuk upacara sementara aku dan Noam pergi ke stesen minyak untuk mengisi minyak kereta. Setelah bertemu kembali dengan Takumi kami pun terus menuju ke ladang teh Kenichi untuk upacara pembakaran.

Trak dipandu Takumi di hadapan. Kebetulan lagu soundtrack Gundam sedang kami dengar dalam van, lagu yang memang sesuai untuk pengebumian!

Sesampai di ladang Takumi terus memandu ke atas sementara kami parking di bawah sahaja sebab van tu nda cukup kuasa untuk menaiki bukit. Jadi aku dan Noam berjalan kaki menaiki bukit yang boleh tahan curam dengan hanya berselipar. Memang susah hehehe.

Tanpa berlengah, Takumi pun memulakan proses-proses pembakaran binatang tu. 

Takumi dan Noam sedang mengorek lubang pembakaran.

Takumi menyiram minyak tanah ke atas tuala.

Sake dan garam untuk upacara.

Takumi sedang mula menyusun kayu-kayu untuk pembakaran.

Bangkai binatang diletakkan di atas para yang dibuat khas.

Bangkai ditutupi dengan buluh-buluh yang dipotong Takumi.

Takumi menyiram sake di sekeliling tapak pembakaran.

Takumi kemudiannya menabur garam di sekeliling.

Cuaca baik untuk pembakaran.

Api sudah mula membakar.

Kami semua memerhatikan api besar membakar bangkai tersebut.


Sangat lama kami stay sana memerhatikan api sambil memanaskan badan pada suhu yang sangat sejuk ketika itu. Kami minum teh yang dibawa Noam dan terus berada di sana sehinggalah semua bahan bakar menjadi bara. Noam dan Takumi mengambus lubang tersebut lalu berakhirlah upacara pengebumian kitsune atau tanooki yang akan menjadi kenangan kami bertiga untuk masa yang lama.

Kami semua pun berangkat balik ke rumah. Aku segera menunaikan solat zuhur dan kemudiannya ikut lepak lagi di ruang tamu. Noam dan Takumi memberitahu aku akan rancangan mereka untuk menonton Star Wars: The Force Awaken malam itu dan juga rancangan makan malam. Kami akan bertolak dari rumah ke bandar Nara pada jam 6 petang.

Sepatutnya kami bertiga berjalan bersama ke bandar Nara, namun Noam jalan dulu sebab seorang pekerja teh meminta bantuan. Hanya aku dan Takumi di dalam van dan tanpa Noam komunikasi kami sudah bertambah baik walaupun agak perlahan. Kami bertiga bersama semula di pertengahan jalan menuju ke bandar Nara.

Kami menuju ke destinasi makan malam dahulu sebab dorang memilih untuk menonton wayang pada jam 9 malam. Destinasi makan malam adalah curry house yang menawarkan pilihan vegetarian! 

Wakakusa Curry Hompo di bandar Nara yang menawarkan menu vegetarian.

Menu vegetarian.

Aku pilih Spinach and beans vegetable curry yang berharga 880 yen (RM 31.20)

Takumi sedang menikmati hidangan keduanya (memang ada alien dalam perut budak ni) sementara aku dan Noam minum masala chai yang berharga 400 yen (RM 14.20).


Kari di sini ada beberapa tahap kepedasan. Paling pedas tahap 50 dan aku hanya memilih tahap 25. Sepatutnya aku memilih tahap 50 sebab langsung nda pedas bagi aku tahap 25 ni. Tapi secara keseluruhan memang sedaplah hidangan yang aku makan tu, yakin lagi sebab Takumi betul-betul tanya tukang masak tu bahan-bahan yang digunakan untuk memasak. Terima kasih Takumi!

Setelah makan kami pun menuju ke panggung wayang yang ada di Aeon Mall. Melangkah masuk ke dalam pusat membeli belah tu rasa macam balik di Malaysia dengan tulisan-tulisan kedai lebih banyak rumi berbanding tulisan Jepun.

Kami pun segera membeli tiket wayang yang aku sudah sedia maklum memang gila mahal di Jepun ni. Harga tiket untuk IMAX 3D wayang Star Wars: The Force Awaken tu adalah 2000 yen atau RM 70.85! Matilah...

Tiket wayang aku... Gila baie banar eh harga atu!
Wayang tu sendiri memang best kita tonton dengan dia punya sharpness, sound lagi yang meletup-letup. Yang belum tonton disyorkan pegi tonton wayang terbaru Star Wars ni ok! Tapi jangan di Jepun di Malaysia ja hahaha.

Secara keseluruhannya memang kami berpuas hati dengan wayang tu. Apa yang hebat mengenai warga Jepun kan, dorang nda keluar panggung pun setelah wayang habis, lampu nda dipasang dan nama-nama orang yang terlibat dalam pembikinan wayang terus ditayangkan. Setelah habis barulah lampu dipasang dan orang ramai mula beredar. Wow! Kalau di Malaysia, awal lagi orang keluar tu... kompom!

Kami keluar dari pusat membeli belah Aeon dan menuju balik. Singgah sebentar di convenience store untuk membeli air dan bergerak pulang masuk di hari baru dan minggu baru...


To be continued: Japan Story - Week 9

No comments:

Post a Comment