Monday, November 2, 2015

Japan Story - Week 1

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog yang aku rasa cukup jari tangan aku ni mengira hehe. Hari ni (2 November 2015) sudah seminggu aku berada di Negara Matahari Terbit, Jepun. Flight aku bermula dari KKIA Terminal 2 pada 26 Oktober 2015 jam 10.55 pagi. Terima kasih untuk Paci Zan dan Raf yang memberikan aku peluang ini!

26 Oktober 2015 (Isnin)


Aisey, sibuk konon... Kebanyakan barang-barang Kak Ari ja ni.. Kotak kecil tu terpaksalah bawa di tangan, terlebih muatan sudah walau sudah ambil 40 kg luggage.

Selamat tinggal Sabah!


Flight AirAsia AK 5109 selamat tiba on-time di KLIA2. Sebab ada masa lagi transit sebelum flight ke Jepun, jadi keluar sekejap untuk beli KFC buat Kak Ari dan keluarga. Ni la pengalaman pertama kali keluar negara waktu dewasa ni. Tidak sangka sangat mudah lalu pemeriksaan imigresen. Dengan laluan khas untuk pemegang passport Malaysia, e-gates, cuma letak passport, scan cap jari dan jalan ja terus. selepas melepasi Pemeriksaan Keselamatan, aku pun terus menuju ke Balai Berlepas. Kapal AirAsia D7 534 ke Kansai International Airport, Osaka sudah pun menunggu untuk dinaiki. Jam 3 petang kapal pun berlepas mengikut jadual.

Flight D7 534 bersedia untuk berlepas. Hujan lebat mengiringi pemergian meninggalkan Malaysia tercinta.

Langit biru dan cuaca indah sepanjang penerbangan dari KLIA2 ke Kansai International Airport, Osaka.

Pasal flight panjang dan perut sudah krok2, jadi beli la nasi dagang.


Penerbangan sampai lebih awal dari dijadualkan di Kansai International Airport (KIX). Sampai-sampai ja sudah terkejut dengan kemajuan negara Jepun ni. Dari Balai Ketibaan, ada tren yang membawa penumpang ke terminal utama. Perkara pertama untuk masuk ke Jepun adalah melalui Imigresen mereka. Aku kagum dengan ketangkasan mereka membuka kaunter-kaunter baru bila melihat barisan penumpang yang panjang. Seorang pegawai ditugaskan untuk memeriksa borang kemasukan yang diisi penumpang ketika dalam barisan agar urusan lancar di kaunter. Sampai giliran aku, bagi passport, bagitau tujuan ke Jepun (lawat keluarga), scan kedua jari telunjuk, ambil gambar, siap. Aduhai.. Senangnya...

Selesai urusan imigresen, pergi ambil bagasi pula. AirAsia pula buat hal. Beg aku yang berisi barang syampu, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, deodoran, minyak wangi dan baju sejuk dorang tertinggal di Malaysia ah... Bikin panas! Tapi ada hikmahnya... Tiga pegawai Kastam Jepun yang tolong uruskan... Tiga-tiga cewek, kiut lagi hehe. Ok la dapat berkomunikasi dengan Bahasa Inggeris mudah dan bahasa isyarat. Dorang pun bagitau aku yang bagasi aku tu akan dihantar terus ke rumah (di mana aku tinggal) selewat-lewatnya hari Rabu.


Tunggu bagasi di KIX. Yang bertudung kebanyakannya dari Indonesia.

Selepas tu seorang pegawai (yang paling cantik antara mereka bertiga) bawa aku ke pemeriksaan kastam. Oh ya, sama juga macam imigresen tadi, dorang nampak ramai beratur terus buka kaunter baru. Pegawai perempuan tu pun serahkan aku kepada seorang Pegawai lelaki. Pegawai tu pun tanya, "Apa ni" sambil tunjuk kotak-kotak aku. "Makanan" aku jawab. "Untuk makan sendiri?" Dia tanya. "Iya." Aku jawab. "Ok" dia cakap. Aduh, senangnya... Aku ni risau nda bertempat bah... Risau ja konon makanan yang aku bawa nda lepas. Oh ya, lupa bagitau yang satu kotak aku basah kuyup oleh AirAsia. Yalah, aku tau lah hujan... tapi kamu biar basah tu dah kenapa?


Selepas ja dari pemeriksaan kastam, terus nampak Kak Ari sedang menunggu. Dia lah yang kena call pegawai kastam perempuan tadi untuk pengesahan alamat rumah. Keluar ja, terus nampak Abang Amin sedang menunggu dalam kereta bersama anak-anak yang sedang tidur. Perjalanan dari KIX ke rumah mereka di Toyonaka-shi, Osaka mengambil masa lebih kurang sejam melalui lebuhraya. Lebuhrayanya tinggi sehingga sesetengah tempat melepasi tinggi bangunan. Lebuhraya di sini juga dipasang penghadang bunyi untuk mengurangkan pencemaran bunyi untuk penduduk yang tinggal berhampiran lebuhraya. Sampai di rumah Abang Amin dan Kak Ari, barulah realiti menjelma... aku sudah berada di Jepun, punyalah sejuk! Musim luruh menggamit ketibaanku.


27 Oktober 2015 (Selasa)

Walaupun tidur lewat, bangun tetap juga awal. Maksudnya dalam 24 jam, aku hanya tidur dalam 3 jam. Dalam penerbangan pun langsung nda tidur. Minum teh hijau memang best untuk memulakan hari baru di Osaka.

Pandangan tingkap dari bilik waktu pagi 26 Oktober di Papar dan 27 Oktober di Osaka

Pandangan tingkap dari ruang tamu Papar vs. Osaka


Pagi pertama di Osaka

Minuman kesukaan aku sekarang, teh hijau.


Hari ni seharian aku di rumah. Kira mau melepaskan penat perjalanan semalam tapi anak buah pula nda mau aku tidur siang. "Pakcik Yan, sekarang kan siang, bukan malam, tak boleh tidur." Kata Akif.


Ready konon ni mau tidur siang.

Akif dan Akil berebut iPad, melarang aku tidur siang, cis!


28 Oktober 2015 (Rabu)

Hari ni dalam jam 1.30 petang aku keluar dari rumah untuk kali pertama sejak sampai di Osaka bersama Abang Amin, Kak Ari dan Akil. Singgah sekejap mengambil Akif dari tadika. Destinasi kami adalah kedai 2nd hand yang bernama 2nd Street.

Aku dan Kak Ari dalam keta


Banyaknya barang di kedai 2nd Street ni. Dari semurah-murah hingga semahal-mahal barang.

Kedai 2nd Street

Tengok-tengok baju konon...

Selepas dari 2nd Street, kami singgah sekejap di satu supermarket untuk beli bahan untuk bisnes bento Kak Ari. 

Supermarket yang kami singgah. Gyomu Supermarket.

Budak Jepun makan aiskrim time sejuk-sejuk... 

Epal saiz gedabak! Ada lagi yang lebih besar dari ni.

OTW balik dari shopping.


29 Oktober 2015 (Khamis)

Hari ni untuk pertama kali aku keluar jalan-jalan sendiri untuk melihat-lihat kawasan sekitar. 

Akif ready mau pegi tadika

View dalam perjalanan aku. Bangunan tengah-tengah tu Stesen Monorail Shibahara. Yang belah kanan tu hospital. 

Kata Abang Amin dan Kak Ari, Bandar Osaka ni bandar paling kotor di Jepun. Hmm.. sangat kotor.

Selepas balik dari berjalan-jalan melihat kawasan, Kak Ari ajak aku menghantar bento di Osaka University Toyonaka Campus International House. Tempat tinggal dorang dulu.


Bos bento sedang sorong stroller dengan Akil duduk depan, bento di bakul bawah.

Selepas tu kami terus menuju ke Osaka University Toyonaka Campus (sebelah ja pun) untuk menunggu Abang Amin yang datang dengan bas dari Suita Campus. Ada lagi penghantaran bento untuk makan tengahari di sini. 

View dalam Osaka University sambil menanti Abang Amin hantar bento kepada pelanggan.

Jajan made in Malaysia. Bangga tu!


Aku dan Abang Amin menikmati bento (nasi putih + ayam masak kicap + sayur campur tumis) masakan Kak Ari. Memang sedap!


Selesai makan, kami pun meninggalkan Abang Amin yang terus berada di kampus. Kami singgah semula di International House sebab si Akil berak da....



Tandas Jepun. Maju gila! Aku nda pakai pun, gambar ja...

Ni view ketika perjalanan balik ke rumah.


Selepas Maghrib, Abang Amin ajak aku berbasikal ke Gyomu supermarket. Ni la pengalaman pertama aku menaiki basikal setelah berbelas tahun nda naik. Yalah sekarang boleh la, dulu memang pancit la tayar tu kalau aku naik.


Seksyen daging. Aku kompom tahan nafas kalau lalu seksyen ni.

Abang Amin sedang tunjuk produk...

Kuih Dorayaki, kegemaran Doraemon ni.


Balik rumah, Kak Ari telah mula buat pizza untuk makan malam. Miss Beh, kalau baca ni, saya nda makan banyak hehehe.


Pizza untuk dewasa

Pizza untuk kanak-kanak.


30 Oktober 2015 (Jumaat)

Sarapan pagi makan makanan yang Kak Ari masak untuk bento, ayam masak kurma dan acar timun. Memang sedap! Murah ja Kak Ari dan Abang Amin jual 500 yen satu tapau.

Nasi putih + ayam kurma +acar timun
Selepas zuhur aku pergi jalan-jalan untuk refresh semula laluan yang aku dan Abang Amin lalui ketika berbasikal semalam.

Bangunan kiri: Shiritsutoyonaka Hospital, area belakang sana tu la rumah Abang Amin dan Kak Ari tapi nda nampak dari sini. Gambar diambil dari stesen Monorail Shibahara.

Gyomu Supermarket tempat yang aku dan Abang Amin pergi naik basikal semalam.

Pokok buah-buahan yang masak ranum, giri-giri hati mau memetik.

Kebun buah-buahan ni betul-betul terletak di belakang hospital.


Lepas asar Kak Ari minta tolong aku pick up barang yang dorang beli dari pelajar yang mau balik Malaysia di Stesen Monorail Shibahara. Sebenarnya stesen ni dekat ja dengan rumah sewa dorang. Nda sempat pun berpeluh sudah sampai.

Bawa bento untuk sedekah dekat budak tu.

Laluan mau sampai ke rumah Abang Amin dan Kak Ari. Rumah di tengah tu la sebagai panduan aku mengenal jalan.

31 Oktober 2015 (Sabtu)

Hari ini aku jalan lagi. Memang best jalan-jalan sebab sejuk jadi nda terasa walau jauh berjalan.

Bangunan sebelah kiri tu la Osaka University Toyonaka Campus International House. Tempat tinggal Abang Amin dan Kak Ari dulu.

Dedaunan sudah berubah warna. Autumn in my heart cyeh...

Lawa la bah view orang-orang di sini ni...

Aku berjalan kaki mengikuti laluan monorail sehingga lah aku sampai ke stesen kedua selepas Stesen Monorail Shibahara iaitu Stesen Monorail Senrichuo. Tempat ni macam pusat membeli belah Midvalley, beberapa bangunan bersambung. Jadi sesiapa yang banyak duit tu datang la sini shopping. Pasal aku miskin, window shopping ja la. Barangan nda la mahal sangat, ada yang lebih murah dari Malaysia. 



Tempat shopping di Senrichuo.

Orang-orang Jepun beratur beli CD. Ntah la siapa artisnya, aku ambil gambar ja...

Selepas pusing-pusing tempat ni aku pun pulang. Seronok sangat melihat semua yang terbentang di hadapan mata. 

Buah Kaki @ persimmon. Sedap ni...

Toyonaka, Osaka


01 November 2015 (Ahad)

Hari ini aku sambung lagi marathon berjalan kaki. Aku keluar rumah seawal 6.30 pagi. Aku buka Google Maps dan pilih Park dan membiarkannya membawa aku. Aku memilih Ikeda Castle Ruins. Menurut Google Maps, perjalanannya mengambil masa lebih kurang sejam berjalan kaki jadi aku pun teruskan sahaja.

View dalam perjalanan ke Ikeda Castle Ruins

Perjalanan ke tempat destinasi melalui kawasan perumahan, melalui jalan-jalan kecil. Kagum sungguh dengan kebersihan bandar terkotor di Jepun ni... Apabila aku sampai di destinasi, pagar belum buka lagi. Awal sangat aku sampai jadi aku pun berpatah balik, pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang aku singgah di satu taman iaitu Suigetsu Park.

Itik berenang dalam kolam di Suigetsu Park.

Shrine di Suigetsu Park

Taman ni nampak kurang terjaga, tapi masih cantik di mata aku.

Pintu masuk ke Suigetsu Park.

Sekembali ke rumah, Kak Ari sudah menyediakan sarapan. Alhamdulillah, terima kasih Kak Ari! Nasi putih, ikan goreng dan sup sayur dengan sambal belacan. (Miss Beh, tu bukan nasi saya ya. Ni gambar yang kakak saya whatsapp yang membuatkan saya kelam kabut pulang ahahaha).

Menu sarapan pagi


Selepas zuhur, saya keluar lagi. Destinasi Gyomu Supermarket. Singgah sebentar di Konan Home Center Chukanhotarugaike. Tengok-tengok kasut getah. Alhamdulillah ada saiz, harga 980 yen tapi aku belum beli lagi sebab belum ada keperluan. Aku pun terus ke Gyomu Supermarket selepas itu dan membeli barang untuk pertama kali sejak datang ke Jepun.

Resit pembelian barangan pertama; Cola Zero, pisang dan Dorayaki.

Sebenarnya aku mau cari sarung tangan, tapi tiada pula. Insya Allah mau cari di kedai 100 yen (Macam kedai RM 2 di Malaysia). Cari yang murah-murah ja, kan miskin ahahaha.

Makan malam pizza lagi malam ni. Terima kasih Kak Ari, memang boleh jual sudah pizza kamu ni. Sedap!


Sedapnya... dough lembut, filling penuh!


Lepas makan pizza, dessert makan aiskrim. 111 kcal satu portion.

Alhamdullilah sudah seminggu di sini. Rasa sangat seronok. Suhu yang sejuk sudah mula terbiasa, tapi masih menggeletar juga la. Terima kasih Abang Amin dan Kak Ari kerana menjadi host terbaik!


Next on From 5X to an X: Japan Story - Week 2

2 comments:

  1. Teringin nk ke sana juga. Kak Ari n abg ipar kerja apa d sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ipar ambik doctorate di Osaka University. Kak Ari jadi suri rumah la di sini.

      Delete