Monday, November 9, 2015

Japan Story - Week 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekarang sudah dua minggu aku berada di Osaka. Cepat sungguh masa berlalu sampai tidak terasa. Untuk kisah di minggu pertama klik sini.

02 November 2015 (Isnin)

Hari ini aku dalam misi pencarian kedai 100 yen. Kata Kak Ari biasanya kedai 100 yen ni ada berdekatan stesen keretapi. Jadi dia mengesyorkan untuk pergi ke kedai berhampiran Stesen Hotarugaike. Sesudah zuhur aku memulakan kembara (cyeh) mencari kedai 2 ringgit ops, kedai 100 yen. Berbekalkan Google Maps aku memulakan langkah...

Antara view semasa pergi ke kedai 100 yen

Dalam 25 minit aku sampai ke tempat yang dituju. Aku belilah sarung tangan yang minggu lepas aku mau beli tu. Selain tu beli stokin, beg duit syiling (satu keperluan aku rasa kalau di Jepun ni sebab dorang ni coin oriented) dan beberapa item untuk tutup pintu kamar mandi yang see through di rumah Abang Amin dan Kak Ari tu. Diulangi, see through ok! 


Lepas beli baru sedar GST diorang di Jepun ni 8%. Jadi kalau barang harga 100 yen, senang kira 8 yen la cukainya.

View dalam perjalanan balik ke rumah.

Di mana-mana aku sentiasa kagum dengan kebersihan

Tokong ni macam masjid atau surau di Malaysia, ada ja menyelit.

Aku balik sambil makan pisang dan minum teh yang aku beli. Aku mempecepatkan langkah kerana hari semakin gelap dan sudah masuk waktu maghrib.


03 November 2015 (Selasa)

Hari ni kami keluar berjalan ke tengah bandar Osaka. Kami keluar rumah pada jam 10.45 pagi. Destinasi adalah Stesen Ishibashi, Ikeda. Hari ini merupakan cuti umum negara Jepun untuk meraikan Culture Day. Jadi Abang Amin, Aliah, Ariana dan Akif semuanya bercutilah hari ni.

Ahli rombongan bersedia untuk berjalan kaki ke stesen keretapi.

Perjalanan ke Stesen Ishibashi melalui Osaka University Kampus Toyonaka yang kebetulan mengadakan festival. Jadi memang sesaklah mau lalu kawasan ni.

Kemeriahan festival di Osaka University.

Para pelajar sibuk mempromosikan gerai masing-masing. Kami limpas ja pasal nda paham...

Sampah di sini semua kena asingkan ikut kategori. Hinggakan botol dengan penutupnya pun kena asing ok.

Tong-tong sampah mengikut kategori masing-masing. Sampah di luar tong sampah satu benda yang jarang aku nampak di sini.

Machikane Festival

Lega dapat melalui kesesakan di festival.

Keluar dari Osaka University Kampus Toyonaka, kami meneruskan perjalanan ke Stesen Ishibashi. Sesampai ja di Stesen Ishibashi, Kak Ari membeli tiket untuk kami semua. Kami singgah sebentar untuk membeli bekalan makanan untuk perjalanan ke Stesen Hankyu-Umeda.

Tiket keretapi dari Ishibashi ke Hankyu-Umeda. 220 yen atau lebih kurang RM7.80 sehala.

Sesampai di Stesen Hankyu Umeda baru aku sedar ianya seperti KL Sentral di Malaysia iaitu tempat beberapa line keretapi berpusat. Keluar ja dari stesen, terdengar suara orang berkempen di tepi jalan. Ramai jugalah orang yang berhenti untuk mendengar ucapan orang yang berkempen tu.

Kami pun berhenti untuk meninjau orang berkempen tu (macam la faham apa dia cakap).

Yang berdiri di tepi pagar tu semuanya khusyuk mendengar ucapan kempen.

Yang warna merah tu Hep Five Ferris Wheel. Nda naik pun, tengok ja dari jauh.

View dari Osaka Station North Gate / Osaka Grand Front di Umeda.

Best jam ni berbunyi, locang-loceng berbunyi menghasilkan irama.

Makan bekalan yang dibeli di Stesen Ishibashi tadi. 

Aduhai sedapnya, very chocolaty... 

Habis ja makan, kami pun beransur pulang. Kata Abang Amin ada surau tapi kami memilih untuk sembahyang di rumah. Sebelum pulang kami singgah di supermarket Seijo Ishii sebab dorang Kak Ari dan Abang Amin mau tambah bekalan coklat di rumah.

Rempah jenama Gaban di Supermarket Seijo Ishii. Hehehe macam familiar ja nama ni...

Sesudah membeli barang, Kak Ari pun membeli tiket untuk kembali ke Stesen Ishibashi. Kami pun pergi ke Platform 4 di mana sebuah tren sudah menunggu penumpang untuk naik. Tren bergerak tepat pada masanya menuju ke destinasi kami. Oh ya masa kami pergi, kami naik tren Local yang mana ianya berhenti di setiap stesen. Masa balik kami naik tren Express yang tidak berhenti di setiap stesen cuma beberapa yang terpilih.

Keluar dari Stesen Ishibashi kami melalui deretan kedai-kedai yang benar-benar menunjukkan inilah Jepun!

Satu yang aku perasan adalah pintu masuk dan keluar Stesen Ishibashi langsung tidak bersambung. Jadi tiada isu kesesakan pun! Ini adalah sesuatu yang patut Malaysia pelajari untuk kemudahan di masa hadapan.


04 November 2015 (Rabu)

Hari ni aku buat morning walk lagi. Destinasi yang sama juga minggu lepas iaitu Ikeda Castle Ruin. Aku nda berapa guna Google Maps lagi pasal aku sudah boleh ingat-ingat jalan untuk ke sana.


Vending machine yang ada di mana-mana. Memang berguna kalau tengah haus.

Sesampainya aku di tempat tujuan, ianya tutup juga. Lepas aku Google Translate barulah aku tahu Ikeda Castle Ruin ni tidak buka setiap hari. Ada masa-masa tertentu saja dia buka. Aku nda kisah pun sebenarnya, yang penting boleh bersenam pagi-pagi berjalan. Sepanjang perjalanan balik aku pun ambillah gambar-gambar rumah Jepun yang menarik perhatian aku. Rumah-rumah lama memang cantik bagi aku.






Terus dalam perjalanan aku singgah di Takashihachi Yakujin Buddha Institute. Memang tempat ni aku akan lalu bila balik ke rumah.


Pintu masuk ke Takashihachi Yakujin Buddha Institute.






Ada kolam ikan koi juga di sini.

Cantik la bah tempat ni... bikin panas!

Loceng besar.

Comel ja tengok patung tu kena letak 1 yen di tangan dia.




Zen garden yang ada di tempat ni. Memang menarik hati.


View belakang pintu masuk utama dan "tempat wudhu".

Rasanya tempat minum sikit ni air ni... Aku nda minum la, gambar ja.

View keluar dari pintu masuk

Pintu masuk utama.

Tempat ni sebenarnya dikelilingi kawasan perumahan. Nampak aman damai ja tempat ni... Selepas puas ambil gambar aku meneruskan perjalanan. Perut krok-krok sudah tapi aku tahan dulu sehingga sampai ke Suigetsu Park.

Yang macam ni ada saja aku nampak di tepi jalan. Kekadang batunya dua ja.

Rehat sebentar di Suigetsu Park sambil makan roti sekeping dan epal sebiji serta teh hijau.

Setelah kenyang (epal tu nda habis pun sebab besar betul bah epal di sini ni), aku pun sambung perjalanan balik.

Laluan pergi/balik kena lalu rel keretapi. Jadi kalau tutup gate tu jangan cuba-cuba nasib ok.

Semasa di tengah-tengah laluan rel keretapi.

Pada waktu malam dalam jam 9 lebih aku menerima mesej peribadi menerima aku sebagai pekerja sukarela di Kyoto. Aku sangat gembira! Kerja sukarela yang dimaksudkan adalah WWOOF atau World Wide Opportunities On Organic Farms. Pekerja akan dipanggil WWOOFER dan kerja sukarela ni dipanggil WWOOFING. Wwoofer akan diberikan penginapan dan makanan percuma . Mereka hanya perlu memberikan tenaga mereka membantu host.


05 November 2015 (Khamis)

Sarapan pagi ni memang sorga... Alhamdulillah, punya la jauh mengembara sagu-sagu ni untuk dijadikan ambuyat. Kak Ari awal-awal lagi sudah masak ikan rebus untuk dijadikan cacah. Kuah ikan rebus, isi ikan basung, tambah bambangan dengan cili padi dan asam limau lagi, neh!

Ambuyat untuk sarapan di Osaka. Ko ada?

Selepas bersarapan kami ke kedai Off House / Hard Off yang menjual barangan second hand. Terlalu banyak barang ada di sini dan pastinya sangat berbaloi dengan harga. Terima kasih Abang Amin dan Kak Ari yang sudi belanja aku.

Kasut Timberland 1,620 Yen (RM57), beg Fila dan seluar bootleg xescape masing-masing 540 yen (RM19).

Sesudah Zuhur aku berbasikal pergi ke Supermarket Gyomu untuk beli barang sedikit untuk menu Nasi Ayam Hainan untuk bento keesokan harinya.

Jajan buatan Malaysia. Dijamin halal oleh JAKIM!

Tomato 6 biji 480 yen (RM 17)! Mahal gila tapi kalau yg begini ni organik la tu.

Ikan ni besar betul, tiga kali panjang tapak tangan aku. 399 yen atau lebih kurang RM 14 seekor. Aku nda tau nama tapi isinya memang sedap. Yang penting memang murah!

Penuh bakul basikal dengan barangan.

Dalam perjalanan balik aku singgah ke Konan Home Center Chukanhotarugaike untuk membeli kasut getah yang berharga 1058 yen (RM 37.45) untuk digunakan untuk kerja sukarela di ladang.

Di rumah aku potong ikan-ikan yang dibeli. Aku pun masak ampap ikan basung kecil yang aku beli dengan harga 159 yen/RM 5.60 satu pek. Kak Ari pula masak sup kepala ikan besar yang aku beli ditambah dengan tulang dan bahagian-bahagian ikan salmon yang berharga 299 yen/RM 10.60 yang lebih murah berbanding Malaysia.

Selepas Asar di rumah, aku keluar lagi. Kali ini ke Kedai 100 yen yang berhampiran Stesen Hotarugaike. Aku membeli baju dan seluar hujan. Kemudian aku singgah beli pisang dan teh di supermarket berdekatan. Oklah juga teh tu (botol 2 liter) harganya 102 yen/RM3.60 dan pisang (4 biji besar) harga 85 yen/RM3.00.

Pachin koro-koro! Ni premis Pachinko berdekatan Kedai 100 Yen.

Di malam hari aku agak sibuk menyediakan bahan-bahan untuk jualan bento iaitu Nasi Ayam Hainan esok.


06 November 2015 (Jumaat)

Tengah malam aku merebus ayam untuk nasi ayam. Kerana proses masakan ayam hainan ni leceh sikit, aku kena kawal masa masakan dengan teliti. Awal pagi masih lagi berjaga, marathon menyediakan ayam dan yang lain-lain untuk jualan bento.

Selepas ayam masak aku pun tidur sebentar dan bangun semula untuk subuh dan seterusnya masak nasi, buat kicap dan menyediakan daun salad. Kak Ari pun menolong membuat sos cili dan memotong tomato. Setelah siap semuanya aku merasa lega, sedap semuanya aku rasa. Namun aku silap! Rupanya lidah aku masih taste Sabah lagi iaitu mau rasa yang intense padahal selera dorang di Jepun lebih mild. Jadi masakan yang aku rasa sesedap rasa aku rasa sangat masin bagi Abang Amin dan Kak Ari. Sorry...!

Kami siapkan tempahan Nasi Ayam Hainan sedia untuk penghantaran. Jadi selepas ini aku sudah tahu untuk masak kurang intense rasa masakan tu untuk selera di Jepun ni.

Selepas Zuhur (walaupun Jumaat, dapat Zuhur ja), aku berjalan kaki ke Senri-Chuo. Cuaca agak gelap membuatkan aku risau hujan akan turun.

View bambu yang tumbuh di tepi laluan ke Senri Chuo

Cuaca mendung sepanjang perjalanan.

Di atas jejambat menuju ke Senri Chuo. Macam di Wisma Karamunsing view ni.

Kedai Daiso di Senri Chuo. Banyak barang mau ditengok.


Bunga cantik-cantik kena jual 100 yen ja satu pasu kecil.

Bunga untuk musim luruh.

Aku beli baju hujan dan sweatshirt di Jumble Store. Masing-masing berharga 540 yen/RM 19. Pasal aku takut hujan dan takut nda sempat Asar aku pun menaiki monorail untuk kembali ke Shibaraha. Tambang dari Stesen Senri Chuo ke Stesen Shibahara adalah sebanyak 250 yen/RM 8.85 sehala. Aku bergegas pulang untuk Asar.


07 November 2015 (Sabtu)

Pagi ini kami makan bihun goreng. Lama sebenarnya nda makan bihun goreng ni jadi terubat la kerinduan... Terima kasih Kak Ari!

Lepas zuhur kami semua jalan bersama ke Hard-Off/Off-House. Kedai second hand ni wajib untuk semua yang mau cari barangan berjenama tapi lebih murah. Kalau kualiti masih tinggi harga memang tinggi la. Ada aku nampak beg LV kena longgok ja pasal condition dia nda berapa cantik (padahal masih ok). Memang berbuih la mulut orang yang suka shopping bila pegi sini ni.

Bersedia mau jalan!

Lense kamera kena longgok ah... bikin panas!

Lense kamera yang masih tip top dalam almari kaca. Harga masih jauh lebih murah berbanding Malaysia.

Peminat mainan akan gila sekejap kalau di sini. Orang Jepun ni aku rasa cepat bosanlah. Mainan masih tip top dorang pegi jual balik aduhai...

Kami kelam kabut balik sebab waktu Asar sudah mau habis. Terlampau khayal dengan bermacam benda yang mau dilihat di kedai Hard-Off/Off-House ni. Terima kasih Abang Amin dan Kak Ari, dapat lagi baju 3 helai dan seluar sehelai.

Lepas Asar kemudian Maghrib kami pun makan malam. Aku makan bihun yang masih ada, tuang kuah ikan ampap yang aku masak hari Khamis tu, wow! Marvellous!

Lepas makan aku keluar berbasikal ke Supermarket Gyomu. Kononnya mau mencari ubat gigi yang eco-friendly sebab host di Kyoto mau wwoofer pakai produk eco-friendly sahaja. Masa di supermarket nampak seorang kakak bertudung ni beli bread. Aku pun apa lagi terus bagi salam, dan tanya, boleh makan ka bread ni? Kakak tu cakap memang boleh, tiada bahan yang meragukan. Kakak tu dari Indonesia. Sudah 5 tahun di Jepun dari ambil master ke phd. Pandai baca tulisan Jepun sudah. Dia pun tunjuk la beberapa produk lagi yang halal-friendly. Terima kasih kak!


Bread yang halal-friendly

70 yen (RM 2.50) untuk 5 slices atau 6 slices. Satu slice tu tebal ok bukan macam bread Gardenia.

Kakak tu bagitau aku barangan toiletries tiada kena jual di supermarket tu, boleh cari di farmasi. Aku pun teringat yang Konan Home Center ada jual toiletries jadi aku pun pergi ke sana. Sambil google ubat gigi yang eco-friendly aku dapat tahu Colgate Total adalah eco-friendly jadi aku pun gembira pasal aku memang ada bawa ubat gigi Colgate Total dari Malaysia. Jimat duit aku... hehehe.


08 November 2015 (Ahad)

Pagi ini Abang Amin dan keluarga akan menghantar aku ke Sonobe, Kyoto iaitu tempat aku akan memulakan kerja sukarela. Kak Ari menyediakan sangat banyak makanan untuk perjalanan kami ke sana. Sebenarnya mau piknik sebelum menghantar aku.



Pizza untuk sarapan.

Mendung dan hujan menggamit pemergianku dari Osaka.

Abang Amin menetapkan GPS untuk pergi ke Arashiyama, Kyoto untuk tempat kami berpiknik.

Dalam terowong. Di sini banyak terowong melalui kawasan berbukit.

Sesampainya kami ke Arashiyama, hujan masih turun dan masih lebat. Natijahnya berpiknik dalam kereta la kami... Nasib juga kereta Abang Amin ni luas.

"Ini Akif punya." "Eleh, nda dengki pun..." (Dialog rekaan)

Bento (Nasi putih + chicken karaage + sayur campur tumis).

Setelah makan kami meneruskan perjalanan untuk menghantar aku ke rumah host di Sonobe, Kyoto. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam dari Arashiyama. Sesampai di destinasi, line telefon semuanya hilang! Memang area kampung sangat, di atas bukit lagi. Jadi terpaksalah menanya penduduk setempat di mana rumah host aku iaitu Keiko. Alhamdulillah aku boleh faham-faham sikit apa yang orang tu cakap jadi kami pun berpatah balik semula ke tempat yang kami memang sudah jangka tempatnya. Aku pun main redah ja terus naik bukit dan pergi ke rumah pertama yang aku nampak dan ternampak logo WWOOF. Memang kompomlah itu rumahnya yang kami tujui.

Setelah beberapa kali cakap helo, barulah host aku Keiko buka pintu. Dia terkejut sebab aku sudah sampai pasal dia ingat aku akan sampai lewat petang atau malam. Aku bagitau dia Arashiyama hujan, jadi nda jadi piknik dan terus ja ke rumah dia. Aku pun bagitau Keiko yang aku, Abang Amin dan Kak Ari mau menumpang sembahyang Zuhur sebab waktu sudah mau habis. Dia pun cakap ok dan suruh panggil semua untuk datang ke rumahnya. Aku pun berkenalan dengan dua lagi wwoofer iaitu Wilson dari Taiwan dan Trevor dari Amerika.


Inilah host aku Keiko. Dia sedang memasukkan beras dalam mesin yang membuatkan beras perang menjadi putih.

Selesai solat dorang Abang Amin dan Kak Ari pun pulang ke Osaka. Terima kasih sekali lagi kerana sudi bersusah payah menghantar aku ke Kyoto ni. Siap bagi duit lagi... dan bento yang nda termakan untuk piknik. Lepas Asar aku pun mula pusing-pusing untuk melihat kawasan sekitar sambil mengambil gambar.

Bangunan di tengah tu lah tempat aku menginap.

Totoro, where are you?
Pandangan bumbung depan rumah.

Pandangan tepi rumah.

Pemandangan dari rumah... Subhanallah!

Rumah-rumah jiran dengan pemandangan gunung.
Bangunan kiri yang ada basikal tu garaj tempat letak barangan ladang.

Pemandangan dari tepi jalan.

Subhanallah... Indahnya ciptaan Allah!
Sungai yang menjadi sumber air bagi tanaman di ladang sayur
   
Inilah bilik tidur aku... yang meja tu ada heater tu.. best ja duduk time sejuk-sejuk.

Setelah Maghrib kami (aku, Wilson dan Trevor) diajak makan malam oleh Keiko. Menu malam ini adalah tempura sayur-sayuran segar dari ladang sendiri  dan tempura ikan bilis besar.

Tempura sayuran segar!

Keiko juga menyediakan satu meja penuh dengan makanan-makanan dan minuman-minuman yang kami wwoofer boleh makan dan minum sesuka hati. Yang bestnya Keiko akan memilih dengan sangat berhati-hati makanan dan minuman yang halal-friendly atau yang tiada bahan-bahan meragukan untuk orang Islam. Arigatou gozaimasu Keiko san!

Teh hijau, pelbagai jenis teh, nescafe, roti, kacang tanah rebus dan buah persimmon.

Sebelum tidur aku sedang menaip blog ni. Aku habiskan bento yang Kak Ari bekalkan untuk aku pasal aku takut basi pula. Nda sabar menanti hari esok, hari baru dan minggu baru sebagai wwoofer (pekerja sukarela) di ladang sayuran di Sonobe, Kyoto!


Next on From 5X to an X: Japan Story - Week 3

1 comment: