Untuk berdiet ni sebenarnya kita kena makan banyak kali dalam sehari. Kesilapan kita adalah makan hanya 3 kali sehari. Itu yang membuatkan kita merasa lapar dan terlebih makan. Kali ni aku kongsikan contoh jadual makan untuk satu hari.
Dalam satu hari kita kena makan sebanyak 6 kali (contoh pemakanan aku, lebih kurang 1,000 kcal sehari);
1. Sarapan pagi (6 a.m.)
- Roti mil penuh satu keping
- 2 biji putih telur
- 1 gelas susu Anlene
2. Snek pagi (9 a.m.)
- Banana pancake 1 keping
3. Makan tengahari (12 p.m.)
- Nasi 1/2 mangkuk
- Ikan/Ayam 1 ketul
- Sayur 1/2 mangkuk
Nasi + Ayam Kari + Sayur Kacang Panjang Rebus |
4. Snek petang (3 p.m.)
5. Makan malam (6 p.m.)
- Nasi 1/2 mangkuk
- Ikan/Ayam 1 ketul
- Sayur 1/2 mangkuk
Nasi + Ayam n Baby Kailan Masak Sos Tiram |
6. Snek malam (9 p.m.)
- Oat 3 sudu makan + susu Anlene 3 sudu makan
Waktu makan boleh dianjak mengikut kesesuaian diri. Pastikan kamu makan setiap 3 jam. Lauk dan sayur boleh dimasak apa sahaja, pastikan kurangkan minyak, lebihkan masakan stim, bakar, rebus. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. Lebih kerap kamu minum, kurang rasa lapar. Minum air 1/2 jam sebelum dan 1 jam selepas makan. Jangan minum ketika makan kerana menyebabkan kamu rasa lapar lebih cepat.
No comments:
Post a Comment