Monday, May 11, 2015

Short History Of Me


Ok untuk post kali ni, aku ingin memperkenalkan diri aku serba sedikit. Aku merupakan anak ke-9 dari 9 orang adik beradik. Anak bongsu la ni... Aku ada 4 orang abang dan 4 orang kakak. Kedua ibubapa aku telah tiada, bapa meninggal tahun 2009 dan mama pada tahun 2010. Maksudnya tahun ni masuk 5 tahun sudah aku jadi yatim piatu. Sedih...

Aku lahir pada tahun 1983, jadi tahun ni aku akan berumur 32 tahun.. Sedih juga belum punya kerjaya, belum ada pasangan hidup. Masih lagi jadi Presiden Majlis Pengganggur Daerah Papar hehehe. Ketika kecil aku seorang budak kurus, tapi dari aku berumur 9 tahun aku mula naik berat badan sehinggalah sampai ke tahap "super morbid obesity". Aku nda pernah kurus dari zaman sekolah rendah sampailah di menara gading. Darjah satu berat aku cuma 19kg, tingkatan satu berat aku sudah mencecah 90kg. Masuk kolej berat aku 125kg, masuk universiti pula berat dalam 145kg. Tahun ketiga univeristi aku membelon, mungkin kerana kehilangan kedua ibu bapa. Aku anggarkan berat aku ketika itu mencecah 195kg dan memakai seluar saiz 58. Saiz baju pula 5XL. Nah dari situlah nama blog ni diilhamkan. Dari saiz 5XL aku ingin mencapai matlamat aku untuk muat saiz XL. Setakat ni, masih belum sampai la hajat tu... masih 2XL lagi sekarang ni.

Aku pada 6 September 2013. Percaya atau tidak ini sudah mengecil berbanding saiz terbesar aku.


Aku nda pernah tahu macamana mau jadi kurus. Yang aku tahu, makan, makan dan makan. Makananlah menjadi rakan karib aku ketika suka dan duka. Aku sangat sukakan makanan sehingga nafsu makanku tidak dapat dikawal. Dari sesi bersama kaunselor aku, aku tahu apa yang menyebabkan kenapa aku beralih kepada makanan. Perubahan sebenarnya bermula dari dalam diri!


Next on From 5X to an X: My Weight-Loss Journey

No comments:

Post a Comment